The Trip – Filem Dark Comedy Norway yang Ganas [Review]

Sebenarnya admin telah lama menyimpan filem ini dalam “My List” di aplikasi Netflix tetapi belum ada mood untuk menontonnya hingga semalam. Admin memang semakin berminat menonton filem dari negara-negara Nordik selepas menonton siri TV seperti Occupied dan The Rain di Netflix. Kini giliran filem The Trip pula. Berikut pendapat admin mengenainya.

The Trip – Filem Dark Comedy Norway yang Ganas [Review]

The Trip adalah sebuah filem berbahasa Norway yang mengisahkan sepasang suami isteri bernama Lars dan Lisa yang mempunyai masalah perkahwinan dan saling benci antara satu dengan lain. Mereka pergi untuk bercuti di kabin milik bapa untuk bercuti dan kononnya untuk memperbaiki hubungan mereka. Rupa-rupanya Lars telah merancang untuk membunuh Lisa untuk mengutip wang insuransnya bagi membayar semua hutang-hutangnya. Anehnya, Lisa mengetahuinya dan juga mempunyai pelannya tersendiri untuk membunuh Lars untuk wang insuransnya.

Tetapi tanpa pengetahuan mereka berdua, terdapat satu masalah yang akan melanda yang bakal mengubah perspektif hubungan mereka. Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Pada 30 minit pertama menonton filem ini admin memang yakin bahawa filem The Trip yang admin tonton ini adalah sebuah filem genre dark comedy, iaitu komedi gelap yang membuatkan anda  bersalah untuk gelak kerana ia ganas. Tetapi lebih lama admin menontonnya, jelas sekali ia sebuah filem yang boleh dikatakan sangat ganas……tetapi lucu pada masa yang sama.

Pengolahan filem ini sangat menarik di mana dari masa ke semasa filem akan flashback ke masa lampau untuk menunjukkan perkara-perkara yang terjadi yang membawa kepada situasi yang sedang berlaku pada satu-satu babak itu. Ini memberikan konteks kepada situasi yang sedang berlaku pada masa itu. Segala yang berlaku dalam filem ini secara objektifnya adalah perkara yang buruk, namun tempo dan pengolahan filem ini seolah-olah ingin meyakinkan penonton bahawa ia sebuah filem komedi.

Tambahan pula banyak adegan yang sangat ganas berlaku dalam filem ini, perkara yang tidak sepatutnya ditonton penonton 18 tahun ke bawah. Tetapi pada babak penutup admin tidak mampu menahan gelak kerana kesudahannya sangat kelakar, tetapi kelakar dengan cara yang bijak.

Jalan ceritanya juga, walaupun ringkas, sangat solid dan segala plot hole telah ditutup dengan sebaik mungkin. Kisahnya juga bukan suatu kisah pergaduhan suami isteri yang tipikal, tetapi ia sebuah kisah yang tidak dijangka. Admin juga tidak berjaya menjangka kesudahan filem ini. Di tambah dengan lakonan pelakon-pelakon utamanya yang hebat, filem in sememangnya menghiburkan, walaupun tidak akan memenangi Oscar.

Admin merekomen anda menonton filem ini, tetapi dengan amaran ia mempunyai babak-babak yang ganas yang agak melampau, walaupun diimbangi dengan dark comedy. Ia sebuah filem lain dari yang lain.

Positif vs Negatif

Positif

  • Pengolahan dan jalan cerita yang menarik dan sukar dijangka.
  • Watak-watak yang berkarisma
  • Tempo filem yang santai dan tidak perlu memerah otak

Negatif

  • Sangatlah ganas melibatkan pemecahan organ/anggota badan seperti kepala, tangan, kaki dan perut

Penilaian

Jalan cerita – 9/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –9/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *