Finch – Ada Potensi Namun Tidak Kesampaian [Review]

Finch merupakan filem eksklusif kedua Tom Hanks di AppleTV+ selepas filem Greyhound dan memandangkan admin peminat filem sci-fi, admin tidak melepaskan peluang untuk menontonnya. Tetapi admin skeptikal dengan filem AppleTV+ kerana dalam sejarah filem terdahulu, filem-filem dan siri-siri AppleTV+ kebanyakan perlahan dan tidak “deliver” apa yang diharapkan. Apa pun, admin tonton dahulu sebelum menilai.

Finch – Ada Potensi Namun Tidak Kesampaian [Review]

Filem Finch mengisahkan bumi 10 tahun selepas solar flare berlaku di mana ia menghapuskan lapisan ozon sekaligus menjadikan bumi menjadi tandus dan kering-kontang manakala manusia tidak boleh terkena cahaya matahari kerana dengan ketiadaan lapisan ozon, sinaran UV yang keterlaluan akan membakar kulit manusia.

Finch Weinberg, seorang jurutera robotik hidup bersama anjingnya Goodyear dan robot pembantunya Dewey di sebuah makmal bawah tanah. Beliau hidup dengan mencari saki baki makanan dan barang keperluan di bandar berhampiran. Namun satu hari, beliau mendapat ramalan cuaca yang menyatakan akan tibanya cuaca ekstrim di kawasan tempat tinggalnya yang akan menyebabkan kawasan itu tidak boleh didiami.

Menyedari demikian, beliau mencipta sebuah robot AI, yang kemudiannya dinamakan Jeff, untuk membantunya dalam perpindahan ke California dan untuk menjaga anjingnya apabila beliau mati nanti. Beliau telahpun terkena pendedahan radiasi yang teruk dan tidak akan hidup lama lagi. Apakah akan berlaku dalam perjalanan mereka? Tontonlah filem ini di AppleTV+ untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Mingikut pembacaan admin, filem Finch atau nama sebenarnya BIOS, dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada penghujung tahun lepas, namun kerana tundaan akibat situasi COVID-19, filem ini dijual kepada AppleTV+ di mana ia kini ditayangkan. Admin tidak pasti samada terdapat perubahan dari segi jalan cerita atau suntingan apabila ia dipindahkan dari wayang ke AppleTV+, tetapi admin pasti jalan ceritanya dikekalkan.

Filem ini mempunyai jalan cerita yang menggabungkan tema survival seperti filem Resident Evil: Afterlife dengan filem AI baru mengenal dunia seperti filem Chappie. Malangnya pada pendapat admin ia gagal membawa kedua-dua tema berkenaan dengan baik. Ia gagal dari segi survival kerana tidak banyak rintangan yang dihadapi dalam perjalanan mereka ke California dan rintangan yang ada pun diatasi dengan agak mudah. Tambahan pula tiada manusia atau hidupan lain ditemui bersemuka semasa perjalanan mereka.

Ia juga kurang berjaya dari segi AI baru mengenal dunia kerana walaupun terdapat banyak yang dipelajari, ia tidak cukup untuk menjadikan pengalamannya suatu yang begitu menarik atau mendebarkan untuk ditonton dan diingati untuk jangkamasa lama. Ia hanya OK sahaja.

Namun pujian harus diberikan kepada lakonan Tom Hanks dan Caleb Landry Jones (robot Jeff) serta skrip yang memang kena dengan personaliti Tom Hanks. Jika anda mengikuti lakonan Tom Hanks sejak dulu anda tentu akan menyedari watak Finch ini memang tepat untuknya. Dengan lakonan bersahaja dan lawak jenaka yang “subtle“, peminat Tom Hanks pasti mengenang kembali wataknya dalam “Castaway” dan “Saving Private Ryan”.

Secara ringkasnya filem Finch ini dari segi kualiti produksi memang baik. Namun dari segi jalan cerita, kandungannya tidak cukup banyak dan cabaran yang dihadapinya tidak cukup mendebarkan. Kesudahannya agak baik, cuma kerana kesudahannya berkait rapat dengan pengalaman perjalanan dan cabaran yang dilalui yang tidak banyak, kesudahannya juga terkesan dan kurang memberi impak. Dengan kata lain, filem ini ada potensi, tetapi pelaksanaan kurang berkesan.

 

Positif vs Negatif

Positif

  • Plot yang berpotensi
  • Lakonan mantap
  • CGI dan rekaan set yang baik

Negatif

  • Kurang dari segi kandungan
  • Kekurangan cabaran yang mendebarkan semasa perjalanan mereka memberi impak negatif kepada kesudahan

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10

Nilai hiburan – 6/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

AppleTV+

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *