Venom Let There Be Carnage – Jalan Masuk Venom ke MCU [Review]

Venom adalah salah satu filem Marvel yang agak low-key. Setelah sekian lama kebanyakan negara di bawah lockdown, negara-negara tersebut telah membuka semula ekonomi dan muncullah Venom Let There Be Carnage tanpa banyak promosi. Admin sempat menonton filem ini hari ini dan berikut pendapat admin mengenainya.

Venom Let There Be Carnage – Jalan Masuk Venom ke MCU [Review]

Venom Let There Be Carnage mengisahkan Cletus Kasady, seorang pembunuh bersiri yang sedang menunggu hukuman bunuh. Beliau merupakan watak yang diacah di penghujung filem Venom pertama dahulu. Kasady berminat dengan Eddie Brock kerana beliau seorang jurnalis yang boleh membawa mesejnya ke media massa.

Filem ini juga menceritakan kisah asal usul Kasady di mana beliau mempunyai teman wanita bernama Frances Barrison yang dikurung dalam satu institusi untuk orang-orang yang mempunyai superpower.

Namun, sebelum beliau dihukum mati, beliau bersemuka dengan Eddie Brock tetapi selepas satu perbualan yang panas, Venom hilang sabar dan menyebabkan Eddie menyerang Kasady dan Kasady menggigit tangan Eddie dan sesuatu di luar jangkaan berlaku. Apakah perkara itu? Tonton filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sebenarnya, tidak banyak admin boleh ceritakan mengenai filem ini. Ia mengikut struktur standard filem aksi adiwira Marvel, jadi anda boleh mengharapkan aksi mendebarkan, lawak jenaka lucu dan segala yang anda biasa tonton dalam filem-filem Marvel.

Tapi mungkin ada beberapa poin yang boleh di ketengahkan dalam filem ini. Pertama, keserasian antara watak Venom dan Eddie brock lebih mantap kali ini dan lawak jenaka antara mereka sangat lucu dan bersahaja.

Venom Let There Be Carnage

Kedua, jalan ceritanya ringkas dan boleh dijangka. Seolah-olah mereka ingin cepat menghabiskan kisah Carnage ini supaya boleh tiba ke babak pasca kredit yang admin rasa memberitahu penonton bahawa francais Venom ini akan memasuki garis masa MCU, secara tepat garis masa Spiderman Far from Home. Teori admin adalah perkongsian memori oleh Venom kepada Eddie menyebabkan lubang dalam fabrik ruang-masa dan mereka secara tidak langsung masuk ke paralel universe Spiderman Far From Home.

Tapi sebabnya yang sebenarnya kalau tidak silap admin adalah IP Spiderman universe termasuk Venom dipegang oleh Sony dan bukannya Marvel Studios. Jadi, seperti Spiderman, mereka ingin menggabungkan timeline semua adiwira Marvel, termasuk Venom di bawah satu payung MCU untuk memudahkan jalan cerita keseluruhan. Spiderman telah masuk MCU.

Ketiga, watak Frances Barrison atau Shriek seperti watak pengacau. Beliau tidak banyak menyumbang kepada kekuatan pihak Carnage – Kasady mahupun menjadi masalah besar kepada Venom-Eddie. Beliau ada kacau di sana sini, tetapi tidak berapa penting dalam pelan jahat Kasady.

Secara ringkas, filem Venom Let There Be Carnage adalah filem yang sangat lucu dan penuh aksi, tetapi dari segi jalan cerita, agak jelas ia banyak kelemahan. Ada pasti terhibur menonton filem ini tapi hiburan itu habis selepas anda keluar dari panggung. Tiada apa yang boleh diingati tentang filem ini kecuali transisi ke garis masa Spiderman Far From Home.

Venom Let There Be Carnage

Positif vs Negatif

Positif

  • Keserasian dan kelucuan Venom+Eddie lebih terserlah
  • Aksi mendebarkan, seperti dijangka
  • Kesudahan yang mengujakan.

Negatif

  • Tiada apa-apa yang unik
  • Watak Frances Barrison atau Shriek yang agak tidak menyerlah.

Venom Let There Be Carnage

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *