Red Notice – Filem Adventure dengan Ketidakserasian Watak [Review]

Red Notice adalah sebuah filem Netflix yang banyak dipromosikan oleh Netflix kebelakangan ini. Ia mula ditayangkan Jumaat lepas dan setelah menontonnya, berikut pendapat admin mengenainya.

Red Notice

Red Notice – Filem Adventure dengan Ketidakserasian Watak [Review]

Filem Red Notice mengisahkan seorang anggota FBI, John Hartley yang ditugaskan untuk menangkap Nolan Booth, seorang pencuri professional yang ingin mencuri 3 bijik telur emas milik bersejarah Cleoptra untuk dijual kepada seorang Billionaire Mesir yang ingin menghadiahkannya kepada anak perempuannya sebagai hadiah perkahwinan.

Mendapat maklumat dari seorang lagi pencuri bernama “Bishop”, beliau berjaya menangkap Nolan. Namun beliau dikhianatinya dan dimasukkan ke penjara sama dengan Nolan. Kemudian mereka merancang untuk membalas dendam terhadap Bishop.

Adakah rancangan mereka akan berjaya? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Red Notice

Review

Secara umum filem Red Notice ini sebuah filem aksi adventure yang boleh dikatakan campuran antara Indiana Jones dengan Oceans Eleven dan Jungle Cruise, cuma watak utamanya 3 orang. Ia lucu dan mempunyai babak-babak aksi yang mendebarkan serta putaran plot yang bijak.

Tetapi, malangnya ia mempunyai beberapa kelemahan yang menjatuhkan filem ini dengan teruk. Pertama sekali, gabungan 3 watak John Hartley, Nolan Booth dan Bishop langsung tidak serasi. Nolan Booth lakonan Ryan Reynolds satu-satunya watak yang lucu dan menghiburkan,  manakala yang lain tidak begitu serasi.

Masalah utamanya, pada pendapat admin, adalah ketiga-tiga watak itu tidak mempunyai kepakaran khas mereka sendiri untuk membezakan antara ketiga-tiga mereka. Nolan Booth ada kepakarannya iaitu pandai melarikan diri dari tangkapan, tetapi kedua watak lain tidak ada kepakaran yang jelas membezakan antara yang lain. John Hartley lakonan The Rock sepatutnya mempunyai kekuatan luar biasa, tetapi dalam babak berlawan, beliau tidaklah mempunyai kelebihan kekuatan yang begitu besar.

Bishop pula jenis yang sepatutnya bijak merancang atau membuat plan. Tetapi bakat ini tidak ditampilkan dengan jelas. Tambahan pula lakonan Gal Gadot yang membawa watak ini langsung tidak memberangsangkan dan boleh dikatakan teruk.

Red Notice

Kedua, jalan cerita filem ini agak flat di mana ia tiada babak klimaks dan kesudahan filem ini terlalu mengejut dan tak dijangka, serta boleh dikatakan tidak munasabah. Admin faham mereka mahu membuat sekuel dan mungkin juga satu francais filem Red Notice, tetapi dengan keserasian watak yang begitu teruk, admin tidak yakin satu sekueal akan disambut baik penonton.

Ketiga, penggambaran filem ini jelas sekali banyak dibuat dalam studio. Malah bapa admin yang turut menonton filem ini bukan penonton filem tegar pun dapat menyedari hakikat ini. Walaupun bajet filem ini yang dilaporkan mencecah USD200 juta, mereka masih menggunakan studio untuk sebahagian besar penggambaran. Admin rasa ia akibat kekangan COVID-19 di mana krew penggambaran tidak dapat ke luar negara untuk penggambaran. Filem ini memaparkan banyak babak di serata dunia.

Kesimpulannya filem Red Notice, walaupun dengan bajet tinggi, ia dilihat tidak dibelanjakan pada perkara yang boleh menambah nilai filem ini. Mungkin ia banyak bajet digunakan untuk membayar pelakon dan cameo dari Ed Sheeran. Ia cuma sebuah filem santai yang tidak mempunyai klimaks. Jadi jika anda menonton, mungkin anda tidak akan berasa puas hati dengan bagaimana filem ini ditamatkan.

Red Notice

Positif vs Negatif

Positif

  • Babak aksi yang mendebarkan
  • Lawak jenaka Ryan Reynolds yang lucu
  • Putaran plot yang tidak dijangka

Negatif

  • Putaran plot yang tidak dijangka dan tidak munasabah
  • Langsung tiada keserasian antara watak utama
  • Lakonan Gal Gadot yang paling teruk sepanjang kariernya

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 6/10

Nilai hiburan – 6/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 6/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *