Arcane League of Legends – Anime Berasaskan Permainan Video yang Menarik [Review]

Admin sememangnya tahu mengenai permainan League of Legends sejak dahulu lagi, namun admin tak pernah main permainan video tersebut. Namun adik-adik admin selalu bermainnya semasa mereka masih belajar dan admin sekali-sekala melihat mereka menonton, walaupun tidak berminat untuk bermain. Sebab itulah pada awalnya admin merasakan siri anime Arcane League of Legends tentu akan menyasarkan peminat-peminat tegar permainan itu, jadi admin tidak meletakkan harapan yang tinggi apabila menontonnya.

Pada mulanya admin tidak berminat menontonnya, namun admin terbaca beberaoa komen-komen positif mengenainya di media sosial yang akhirnya menarik minat admin menontonnya. Berikut pendapat admin mengenai siri anime ini.

Arcane League of Legends – Anime Berasaskan Permainan Video yang Menarik [Review]

Arcane League of Legends mengikuti beberapa watak dalam satu konflik yang semakin tenat antara negara utopia Piltover dan daerah yang ditekan Undercity. Ia dikeruhkan lagi dengan pengenalan Hextech iaitu gabungan antara magik dan sains atau lebih tepat lagi kajian saintifik mengenai magik. Ia dipelopori oleh seorang saintis bernama Jacye dan rakan kongsinya Victor.

Hextech membawa satu zaman kegemilangan di Piltover dengan membawa kemudahan dan kesenganan yang melimpah kepada penduduk dunia. Namun ia juga membawa potensi kepada konflik di mana semua pihak ingin berebut untuk menguasai Hextech yang sedang dikuasai Piltover. Apakah yang akan berlaku kepada Piltover? Tontonlah siri ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Arcane

Review

Sejujurnya admin tidak mengetahui sedikit pun mengenai latar belakang League of Legends sebelum menonton siri Arcane League of Legends. Namun, bermula dari episode satu admin sudah berminat untuk terus menonton siri anime ini sehingga habis. Berikut merupakan sebab-sebab admin berminat dengan siri ini.

Pertama sekali, kualiti animasi sememangnya menjadi daya penarik untuk admin menonton siri ini. Ia menggunakan gaya animasi 3D dengan elemen kesenian kartun pada luarannya. Ia membolehkan animasinya kelihatan konsisten tetapi tidaklah kaku seperti animasi 3D sepenuhnya. Tema grunge dan steampunk juga banyak digunakan terutamana pada watak Jinx dan daerah undercity secara umum, manakala rekaan banda Piltover juga dibuat dengan baik serta meyakinkan.

Kedua, jalan cerita dan kisah latarbelakang yang agak mendalam memberikan kepuasan menonton kepada penonton tidak kira mereka peminat League of Legends atau tidak. Ternyata jalan ceritanya tidak ditulis secara sambil lewa, sebaliknya dibuat dengan teliti dengan mengambil kira penonton yang tidak mengetahui latar belakang League of Legends. Dengan kata lain, jika anda seperti admin yang tidak tahu mengenai latarbelakang League of Legends, jalan ceritanya sangat lengkap untuk memberi gambaran penuh mengenai dunia League of Legends.

Arcane

Ketiga, watak-wataknya yang berimpak tinggi. Admin difahamkan kebanyakan watak-watak utamanya diambil terus dari permainan video tersebut, namun dengan adanya siri anime ini, penonton juga dapat mempelajadi karaktor dan personaliti watak-watak tersebut. Siri anime ini berjaya menampilkan watak-watak yang berkarisma dan mampu diingati.

Keempat, soundtracknya memang original dan merangkumi muzik pelbagai genre yang menepati citarasa generasi muda masa kini, bukan sahaja geek permainan video sahaja.

Secara keseluruhannya, siri Arcare League of Legends dibuat untuk menonjol kepada pelbagai jenis penonton, bukan sahaja peminat permainan videonya. Admin belum menonton siri animasi DOTA, jadi admin tidak boleh membandingkan keduanya buat masa ini. Tetapi apa yang admin boleh katakan, tontonlah siri ini sebagaimana anda menonton mana-mana anime baru. Ia tidak memerlukan anda menjadi peminat permainan video.

Tidak sabar admin menunggu musim kedua Arcane.

Arcane

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang menarik dan mendalam
  • Watak-watak yang berkarisma
  • Kualiti animasi yang hebat serta nilai kesenian yang tinggi

Negatif

  • Tema yang agak hardcore termasuk keganasan, penggunaan dadah dan babak “dewasa”. Bukan untuk kanak-kanak.

Arcane

Penilaian

Jalan cerita – 9/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –9/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 9/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *