No Time To Die – Penutup Lagenda 15 Tahun [Review]

Umum sedia maklum bahawa No Time To Die merupakan filem James Bond terakhir dibintangi Daniel Craig yang mula membintangi francais tersebut pada tahun 2006 melalui filem Casino Royale. Di Astro, jika anda melanggani pakej Movie, anda boleh menonton satu saluran khas untuk filem-filem James Bond sejak dahulu kala lagi. Adalah baik jika anda mengulangkaji semula filem-filem Daniel Craig (ada 4 filem selain filem ini) untuk mendapat gambaran James Bond setakat ini kerana ia saling berkait.

Admin sempat menonton No Time To Die dan berikut adalah pendapat admin mengenainya.

No Time To Die – Penutup Lagenda 15 Tahun [Review]

5 tahun lalu, James Bond terpaksa meninggalkan kekasihnya Madeleine selepas diserang oleh Spectre dalam satu percutian di Italy. Bond menyangka Madeleine yang menyebabkan kedudukan mereka diketahui atau mungkin beliau sendiri yang mengkhianatinya. Ia diburukkan lagi kerana Madeleine gemar menyimpan rahsia dari Bond.

Terus ke masa kini,  Bond kini telah bersara dan tinggal di sebuah pulau tropika. Seorang saintis yang bekerja di sebuah makmal rahsia telah diculik oleh Spectre bersama “senjata” rahsia yang boleh membunuh mangsa secara spesifik menggunakan DNAnya. Makmal rahsia ini dikaitkan dengan MI:6 dan ketuanya, M, yang terkini, Mallory.

Oleh sebab itu, Bond terpanggil untuk menamatkan persaraannya demi menyelesaikan kes ini. Apa yang akan terjadi? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

B25_24267_RC2
James Bond (Daniel Craig) dalam
NO TIME TO DIE,
sebuah filem EON Productions and Metro-Goldwyn-Mayer Studios
Kredit: Nicola Dove
© 2021 DANJAQ, LLC DAN MGM. SEMUA HAKCIPTA TERPELIHARA.

Review

Memandangkan filem ini adalah filem James Bond terakhir Daniel Craig, ia menutup segala kisah dalam persediaan membuka lembaran baru dengan pelakon James Bond baru nanti. Admin boleh katakan matalamat tersebut telah tercapai dalam filem ini.

Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan satu pengakhiran yang bermakna, filem ini tidak seperti filem James Bond lain. Ia lebih memfokuskan kepada kisah latarbelakang hubungan antara Madeleine dengan James Bond.

Watak jahatnya, walaupun mempunyai peranan penting dalam naratif filem ini, tidak mempunyai banyak screentime dalam filem ini. Ia juga menampilkan beberapa rujukan kepada filem-filem bond terdahulu seperti lawatan ke kubur “Bond Girl” pertama dari Casino Royale pada babak pembukaan. Juga kata-kata terkenal James Bond “Vodka Martini, shaken, not stired” juga ditampilkan.

Namun semua ini adalah demi membuatkan penonton yang telah mengikut kisah James Bond ini selama 15 tahun, satu hubungan emosi dengan filem ini dan menyediakan penonton kepada kesudahan filem ini yang nostalgik.

Atas sebab-sebab inilah admin berpendapat ini adalah filem Bond lakonan Daniel Craig yang paling bermakna antara yang lain.

Tetapi, selain dari apa yang dikatakan di atas, sebenarnya babak aksinya biasa-biasa sahaja. Banyak aksi tembak-menembak dan banyak aksi kejar mengejar dengan kereta, seperti semua filem James Bond. Jalan ceritanya pula, walaupun menarik, bukanlah satu cerita yang unik.

Akhir kata, sebagai sebuah filem penutup, No Time To Die memang menjapai matlamatnya dan memang sebuah filem yang baik. Namun jika anda bukan seorang peminat tegar filem Bond dan tidak mengikutinya sejak filem Casino Royale, admin rasa, jika anda tak tonton pun tidak memberi apa-apa kesan.

Positif vs Negatif

Positif

  • Dari segi filem Bond, ia suatu filem yang unik dan menarik
  • Aksi yang mendebarkan
  • Kesudahan yang muktamad dan memberi impak

Negatif

  • Penjahat utama tidak begitu timbul
  • Dari segi filem aksi, tiada banyak yang unik

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *