Ghostbusters Afterlife – Francais Legenda Bertukar Menyasarkan Kanak-Kanak [Review]

Selepas kemunculan trailernya sebelum pandemik Covid 19, Ghostbusters Afterlife telah ditangguhkan sehingga minggu lepas apabila ia mula ditayangkan. Admin sejujurnya tertarik juga dengan trailernya pertama kali admin menontonnya. Walaubagaimanapun admin tidak meletakkan sebarang harapan sebelum menontonnya. Berikut adalah pendapat admin mengenai filem ini.

Ghostbusters Afterlife – Francais Legenda Bertukar Menyasarkan Kanak-Kanak [Review]

Selepas kejadian-kejadian dalam Ghostbusters 2, kerja-kerja Ghostbuster semakin merosot sehingga ke satu tahap di mana ahli-ahlinya terpaksa mencari haluan masing-masing. Egon Spengler, seorang dari ahli Ghostbusters asal, berpindah ke Summerville dalam usahanya menghalang “kiamat” dari berlaku.

32 tahun kemudian, beliau ditemui mati di rumahnya di Summerville itu. Puncanya dikatakan serangan jantung. Pada masa yang sama, anak perempuan beliau, Callie Spengler yang merupakan seorang ibu tunggal dan baru sahaja kehilangan tempat tinggal kerana tidak mampu bayar sewa, dianugerahkan rumah peninggalan ayahnya itu dan kemudian berpindah ke sana.

Sejak itu perkara aneh mula berlaku di Summerville. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

 

Review

Walaupun admin tidak meletakkan sebarang harapan pada filem ini, ia masih mampu mengecewakan admin. Terus terang, admin katakan filem ini disasarkan kepada kanak-kanak dan paling tua pun, remaja sekolah menengah. Jika anda berusia lebih dari itu, filem ini terlalu remaja bagi anda dan anda memang tidak akan dapat relate dengannya.

Sungguhpun demikian, bagi sebuah filem yang disasarkan kepada golongan berkenaan, ia sebuah filem yang menghiburkan dan langsung tidak seram. Babak-babak pembinaan plotnya agak kukuh. Watak yang dilakonkan Paul Rudd merupakan salah satu karakter terkuatnya dan beliau memang sesuai membawa watak tersebut. Begitu juga dengan watak Podcast yang memang seorang kepohci.

Ghostbusters Afterlife

Namaun begitu, seperti yang admin katakan, ia memang disasarkan kepada golongan remaja dan kanak-kanak. Jadi jalan ceritanya ringkas dan boleh dijangka, sesuai dengan kumpulan sasarannya. Jika anda melebihi umur kumpulan sasaran, anda tentu kecewa dengan jalan ceritanya, terutamanya bahagian terakhir melawan “bos” akhir, di mana “bos” akhir itu tidak mendatangkan cabaran yang begitu besar kepada mereka dan dikalahkan dengan agak mudah.

Terdapat juga sedikit kontroversi di bahagian tersebut, di mana dikatakan bahagian akhir dipermudahkan untuk memberi laluan kepada cameo watak-watak Ghostbuster asal yang membuat kemunculan di bahagian tersebut. Admin tidak tahu sejauh mana kebenarannya, tetapi cameo tersebut sememangnya mendorong kepada kemenangan pihak Ghostbuster remaja itu.

Akhir sekali, setelah semuanya selesai, pembikin Ghostbusters kini dalam dilema jika mereka mahu membuat sebuah sequel kepada filem ini. Ini kerana semua watak-watak dalam filem ini adalah remaja yang masih bersekolah dan watak Ghostbuster asal sudah tua. Jadi, adakah semua remaja itu akan berhenti sekolah untuk menjadi Ghostbusters? Kita lihat apa akah difikirkan pembikin filem nanti.

Ghostbusters Afterlife

Positif vs Negatif

Positif

  • Menghiburkan kepada golongan sasaran
  • Action dan adventure memang terserlah
  • Watak-watak yang kuat

Negatif

  • Terlalu remaja untuk orang dewasa
  • Jalan cerita yang terlalu ringkas untuk orang dewasa
  • Kesudahan yang terlalu mudah.

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *