Mute – Kisah Cinta Dengan Kesudahan Tidak Dijangka [review]

Mute merupakan salah satu filem yang admin hanya tonton secara rawak setelah ia muncul di muka depan aplikasi Netflix admin. Sinopsisnya agak menarik walaupun admin tidak menonton sebarang trailer. Berikut merupakan pendapat admin mengenai filem ini.

Mute

Mute – Kisah Cinta Dengan Kesudahan Tidak Dijangka [Review]

Mute berlangsung di masa hadapan di Berlin, Jerman di mana tentera Amerika yang mempunyai pengkalan tentera di sana banyak mempengaruhi kehidupan setempat. Filem ini mengisahkan seorang pelayan bar bernama Leo yang juga seorang Armish. Orang Armish merupakan satu golongan yang tidak menggunakan teknologi dalam kehidupuan seharian serta memakai pakaian sederhana.

Beliau bisu sejak kecil akibat satu kemalangan bot semasa beliau sedang berenang menyebabkan kotak suaranya cedera teruk dan keluarga Armishnya tidak membenarkan pembedahan atau implan kotak suara elektronik.

Mute

Leo mempunyai seorang teman wanita yang juga bekerja di bar yang sama bernama Naadirah. Satu hari Naadirah menghilang tanpa berita. Risaukan teman wanitanya, Leo pergi mencarinya dari pintu ke pintu di mana beliau pernah pergi. Tanpa disangka, Leo sedang menjolok sarang tebuan.

Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Mute

 

Review

Filem Mute ini bukan satu filem Holywood, jadi ia tidaklah mengikut pacing sebuah filem Holywood. Ia sedikit perlahan tetapi tidak terlalu perlahan. Dengan kata lain, anda perlu ada sedikit kesabaran untuk menonton filem ini.

Pada awalnya ia sedikit perlahan tetapi setelah bahagian penyiasatan bermula penonton perlu lebih teliti kerana perincian amat penting dalam memahami jalan ceritanya. Pada awalnya juga sukar untuk nampak keistimewaan filem ini, namun semakin jauh Leo dalam penyiasatan dan pencariannya, penonton dapat menghargai situasi yang dialaminya di mana Leo merupakan seorang yang baik dan tidak terjebak dalam apa-apa jenayah walaupun keadaan sekelilingnya dipenuhi jenayah. Namun, kerana cintanya kepada Naadirah, beliau telah dengan tidak sengaja menjolok sarang tebuan iaitu mengganggu ekosistem jenayah terancang.

Mute

Aksi dan berlawan bukanlah sebahagian besar filem ini, namun bahagian berlawan yang ada dibuat dengan baik dan nampak menyakitkan. Ditambah dengan lakonan mantap Alexander Skarsgård dan Paul Rudd, menjadikan filem ini memang sebuah filem yang menarik. Walaubagaimanapun, ia bukan untuk semua orang, malah majoriti penonton mungkin tidak akan berminat menontonnya. Admin rasa ia sesuai ditonton orang yang suka membaca novel.

Ia bukanlah sebuah filem aksi sejati, sebaliknya ia sebuah filem cinta dan penyiasatan dengan berlatarbelakangkan beberapa babak-babak aksi. Ia lebih memfokuskan kepada menceritakan kisah watak-wataknya berbanding aksi.

Secara ringkas, Mute sesuai ditonton oleh mereka yang mahukan sesuatu yang lain sedikit dari cerita aksi tanpa berfikir. Ia mempunyai jalan cerita dan plot yang menarik serta tidak membosankan. Walaubagiamanapun, ia bukanlah satu filem yang luarbiasa hebatnya, cuma ia tidak membosankan dan berbaloi ditonton ketika bosan.

Mute

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita dan plot yang menarik
  • Lakonan watak-watak utama yang mantap
  • Kesudahan yang baik

Negatif

  • Sedikit perlahan di awalnya
  • Bukanlah satu filem yang luarbiasa

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 6/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *