Jiu Jitsu – Action Flick Kos Rendah [Review]

Admin telah menonton trailer Jiu Jitsu di Youtube beberapa bulan lalu. Ia dibintangi pelakon vateran yang semakin sendu, Nicolas Cage. Memang kebelakangan ini admin mempunyai hobi baru untuk melihat seteruk mana filem-filem baru yang dilakonkan Nicolas Cage dan ini merupakan filemnya yang terbaharu. Berikut merupakan pendapat admin mengenai filem ini.

Jiu Jitsu – Action Flick Kos Rendah [Review]

Jiu Jitsu mengisahkan setiap 6 tahun satu komet akan melintasi bumi di mana dalam komet itu terdapat seorang makhluk asing yang akan singgah ke bumi untuk melawan pahlawan-pahlawan di antara manusia demi mengelakkan keseluruhan umat manusia dihapuskan. Kali ini, Jake dan beberapa orang lagi dipilih untuk melawan makhluk asing tersebut.

Malangnya Jake telah hilang ingatan dan ditangkap sepasukan tentera rahsia Amerika yang mengkaji anomali yang berlaku di kawasan “Valley of the temple” di Myanmar itu. Sementara itu, makhluk asing tersebut telah mula mengganas selagi belum berlawan dengan pahlawan terpilih itu. Bagaimana mereka akan menewaskan makhluk asing itu, tontonlah filem ini di saluran HBO GO di Astro.

Review

Memandangkan admin telahpun menonton banyak filem Nicolas Cage kebelakangan ini, admin meletakkan harapan yang tidak tinggi untuk filem ini. Dengan itu admin tidaklah akan berasa kecewa.

Dari mula lagi dari melihat kualiti CGInya admin boleh nampak filem ini kelihatan seperti sebuah filem bajet, dan tidak syak lagi ia sememangnya sebuah filem aksi bajet. Lokasi dan props yang digunakan juga agak bajet. Banyak elemen yang digunakan dalam filem ini ditiru dari Mortal Kombat dan Predeator. Tetapi apa yang admin ingin tahu adakah ia layak ditonton sehingga habis atau tidak?

Walaupun skrip dan jalan ceritanya seperti dibikin oleh seorang amatur, babak-babak lawannya agak hebat juga. Terutamanya dengan penyertaan Tony Jaa, Frank Grillo (bintang terkenal dalam filem aksi bajet) dan Rick Yune (yang biasa juga dilihat dalam filem aksi bajet). Malah kebanyakan babak-babak dalam filem ini terdiri dari babak berlawan. Jadi jika anda peminat filem aksi berlawan, mungkin filem ini akan menghiburkan anda.

Jiu Jitsu

Secara keseluruhan, jika anda boleh tahan CGInya yang kurang bermutu dan jalan ceritanya yang mudah, sebab utama yang mungkin anda mahu tonton filem ini adalah untuk aksi berlawannya. Itu pun tidak ada apa yang istimwea mengenai babak lawannya. Jadi jika anda mengambil serious berkenaan filem yang anda tonton, filem ini akan mengecewakan. Tetapi jika anda bosan dan tidak ada kerja untuk dilakukan, mungkin filem ini boleh menghiburkan anda dan mungkin anda akan bergelak-ketawa menonton semua kelemahan filem ini.

Jiu Jitsu

Positif vs Negatif

Positif

  • Babak lawan yang agak ok

Negatif

  • Semuanya dari jalan cerita, CGI dan skrip memperlihatkan sebuah filem aksi bajet

Jiu Jitsu

Penilaian

Jalan cerita – 3/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 4/10

Nilai hiburan – 5/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set/sinematografi – 3/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *