Spiderman No Way Home – Kisah Multiverse yang Epik [Review]

Memang sejak beberapa bulan lalu kita di”hype“kan dengan trailer filem Marvel Studios Spiderman No Way Home. Umum tidak sabar untuk menonton filem ini di pawagam dan pawagam juga tidak sabar menyambut penonton dengan tayangan hampir setiap jam sehinggakan penuh jadual harian di kebanyakan pawagam. Admin sempat menonton filem ini hari ini dan berikut pendapat admin mengenainya.

Spiderman No Way Home

Spiderman No Way Home – Kisah Multiverse yang Epik [Review]

Spiderman No Way Home menyambung terus kisah Spiderman Far From Home di mana Mysterio telah mendedahkan kepada umum identiti sebenar Spiderman iaitu Peter Parker. Sejak itu hidup Peter tidak lagi aman dan semua orang mengerumuni beliau bila beliau berada di khalayak ramai. Reaksi orang awam kepadanya 50:50, ada yang menyokongnya, ada yang menggelarnya pembunuh kerana membunuh Mysterio yang dianggap hero oleh sesetengah orang.

Populariti Peter Parker sebagai Spiderman juga membawa kesan buruk kepada Peter Parker dan rakan-rakannya di mana mereka tidak dipilih memasuki MIT, iaitu universiti berprestij di Massachusetts, USA.

Oleh sebab itu, Peter berjumpa Dr Strange untuk meminta satu jampi untuk membuatkan orang ramai melupakan beliau adalah Spiderman. Tanpa disengajakan, oleh kerana ketidakpastian di pihak Peter, jampi tersebut telah mendatangkan kesan yang tidak dijangkakan.

Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sebagai sebuah filem dalam MCU, filem Spiderman No Way Home mempunyai segala yang diharapkan dalam sebuah filem terbitan syarikat berkenaan. Ini termasuk babak aksi yang mendebarkan, lawak jenaka yang bersahaja, watak-watak yang berkarisma dan semua yang anda harapkan. Pendek kata jika anda peminat francais filem MCU, anda 110% pasti akan menyukai serta terhibur menonton filem ini.

Admin juga berasa tidak perlu mengulas secara mendalam semua aspek filem ini kerana bagi yang biasa menonton filem MCU, anda tentu boleh jangkakan secara kasar apa yang boleh diharapkan dalam filem ini. Cuma admin ingin menyorot beberapa perkara yang menarik dan unik mengenai filem ini.

Pertama, mungkin anda sudah sedia maklum filem ini akan menyertakan watak-watak wira dan penjahat dari dunia Multiverse. Pada pendapat admin perkara ini merupakan tarikan utama filem ini di mana mereka yang telah lama mengikuti filem Spiderman sejak dulu akan berasa nostalgia dengan kemunculan watak-watak tersebut.

Malah seluruh pawagam meriah dengan tepukan gemuruh hasil kemunculan watak-watak tersebut. Memang meriah! Mungkin itu satu sebab untuk anda menonton di pawagam.

Spiderman No Way Home

Keunikan pengumpulan watak-watak Spiderman dari dunia berlainan adalah mereka saling berbincang dan berborak mengenai perbezaan dan persamaan antara kehidupan mereka di dunia masing-masing. Perbualan mereka agak santai dan lebih berbentuk perkongsian peribadi. Itu suatu yang agak menarik didengar. Namun, terdapat sedikit kekakuan dalam lakonan warak-watak tersebut dalam filem ini, seolah-olah mereka dijemput untuk ditemuramah dalam rancangan bual bicara pula.

Satu perkara yang patut diberi pujian adalah lakonan Willem Dafoe sebagai Norman Osborn, Alferd Molina sebagai Dr Otto dan Jamie Foxx sebagai Max Dillon. Mereka memang membawa watak mereka dengan penuh perasaan, terutamanya Willem Dafoe yang terserlah aura kejahatannya semasa membawa wataknya.

Jangan lupa juga menonton dua babak pertengahan kredit dan pasca kredit. Sejujurnya babak tersebut kurang memberangsangkan.

Spiderman No Way Home

Secara ringkasnya, filem Spiderman No Way Home sekali lagi membuktikan formula filem MCU yang kukuh dan jarang menghampakan sekali lagi berjaya menghasilkan sebuah filem yang epik dari segi nilai hiburannya dan juga tidak menghampakan dari segi jalan cerita. Sukar untuk mencari sebab untuk tidak menonton filem ini.

Positif vs Negatif

Positif

  • Satu lagi contoh penggunaan formula MCU dengan berkesan untuk mengehasilkan filem dengan nilai hiburan tinggi
  • Nostalgia Watak-watak dunia multiverse

Negatif

  • Sukar mencari kelemahan yang signifikan dalam filem ini

Spiderman No Way Home

Penilaian

Jalan cerita – 9/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 10/10

Nilai hiburan – 10/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 10/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *