Beckett – Terperangkap Dalam Konspirasi Politik [Review]

Filem Beckett sememangnya sebuah filem yang admin tonton secara spontan memandangkan ia muncul di muka utama Netflix semasa admin membuka aplikasi tersebut di TV admin. Berikut pendapat admin mengenainya.

Beckett – Terperangkap Dalam Konspirasi Politik [Review]

Beckett mengisahkan sepasang kekasih, Beckett dan April yang bercuti di Greece. Tetapi dalam perjalanan ke hotel di sebuah lokasi terpencil pada lewat malam, Beckett telah tertidur ketika memandu menyebabkan kereta pasangan kekasih itu terjatu kedalam gaung dan melanggar sebuah rumah. Beckett cuma membantu April namun beliau nampaknya sudah tidak bernyawa.

Kemudian beliau terjaga di sebuah hospital. Setelah beliau siap memberi kenyataan kepada polis dan menelefon keluarga April di Amerika, beliau dilepaskan dari hospital. Beliau kembali ke tempat kemalangan namun tiba-tiba beliau diserang dan ditembak seorang wanita yang tidak diketahui, menyebabkan beliau melarikan diri. Pegawai polis yang menguruskan kesnya datang memberitahunya ia satu salah faham, tetapi beliau menembak Beckett pula.

Bermulalah kejar-mengejar antara “polis” dan Beckett yang membawa Beckett dari pedalaman Greece ke Athens. Apakah yang sedang berlaku? Mengapa Backett dikejar? Ketahui jawapannya dengan menonton filem ini di Netflix.

Review

Pandangan pertama admin ketika mula-mula menonton filem Beckett ialah ia kekurangan watak. Ini kerana ia tidak menampilkan ramai watak utama selain Becket. Malah April, teman wanita Backett hanya memainkan wattaknya dalam 10-15 minit pertama filem ini. Watak-watak jahatnya pula walaupun sentiasa mengejar Backet, tidak mempunyai banyak dialog menyebabkan watak mereka tidak berapa dikenali penonton.

Pendek kata, semua watak selain Becket mempunyai masa di skrin yang sangat pendek dan watak-watak ini tidak memberi banyak impak kepada penonton.

Jalan ceritanya pula agak tergesa-gesa dan banyak kelompongan dalam aliran ceritanya. Namun, menjelang separuh jalan filem ini, penonton akan mengetahui konspirasi yang sedang berlaku. Konspirasi yang ditampilkan boleh diterima walaupun tidaklah sekompleks filem-filem Holywood, dan sedikit sebanyak memberipencerahan mengenai lanskap politik di Greece yang dikenakan tindakan kawalan ekonomi oleh pihak EU setelah menerima bantuan kewangannya.

Walaubagaimanapun, konspirasinya tidak dikembangkan dengan lebih besar menyebabkan potensinya untuk menjadikan filem ini menarik makin berkurangan. Malah watak utamanya juga tidak berjaya menghalang konspirasi tersebut. Tetapi, pada akhirnya Beckett berjaya juga menyumbang ke arah pendedahan konspirasi itu, setelah ditembak beberapa kali (patutnya dah mati dah).

Kesimpulannya filem ini admin boleh gambarkan sebagai sebuah filem aksi konspirasi yang mungkin ditulis dan diarahkan oleh pasukan perfileman yang baru ingin meningkat naik dan belum boleh bersaing dengan Holywood. Tidak mengejutkan jika ia adalah usaha Netflix untuk mempromosi industri perfileman Greece.

Beckett
JOHN DAVID WASHINGTON sebagai BECKETT
KR: Yannis Drakoulidis/Netflix

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang OK
  • Lakonan watak utama (John David Washington, pelakon filem Tenet) juga OK

Negatif

  • Banyak kelompongan dalam jalan cerita
  • Kisah konspirasi tidak dikembangkan dengan maksima
  • Kebanyakan watak-watak tidak mempunyai masa di skrin yang banyak

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 6/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set/sinematografi – 6/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *