The Defeated – Kisah Berlin selepas Perang Dunia Kedua[Review]

Admin memang minat filem yang berkaitan perang dunia kedua dan sebab itulah apabila siri Netflix The Defeated dipromosikan di muka utama Netflix, admin pun terus menontonnya. Siri Netflix dengan 8 episod ini diterbitkan tahun lepas tetapi baru sahaja ditayangkan di Netflix. Berikut merupakan pendapat admin mengenainya.

The Defeated – Kisah Berlin selepas Perang Dunia Kedua [Review]

Siri The Defeated (juga dikenali sebagai Shadowplay) berlangsung di Berlin, Jerman pada tahun 1946, semasa Jerman baru sahaja menyerah kalah perang dunia kedua dan seluruh bandar Berlin dalam kemusnahan. Dalam proses pembangunan semula nergara Jerman, seorang pegawai Polis NYPD bernama Max McLaughlin ditugaskan untuk membangunkan semula sebuah balai polis di Berlin serta melatih pegawai-pegawainya yang kebanyakan terdiri dari orang awam yang diketuai Elsie Garten. Keadaan balai polis yang ditempatkan dalam sebuah bank serba kekurangan dan pegawai hanya menggunakan kaki meja sebagai senjata mempertahankan diri

The Defeated

Pada ketika itu pasukan polis menyiasat seorang yang digelar “Engel Macher” yang membantu wanita-wanita dalam kesusahan, tetapi pada masa yang sama terdapat kes-kes pembunuhan wanita juga berlaku, disyaki dilakukannya.

Pada masa yang sama Max McLaughlin sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi mengambil tugasan di Berlin iaitu beliau juga ingin mencari abangnya Moritz, seorang tentera yang melarikan diri dari tugas selepas pihak berikat menjumpai kem-kem pembunuhan orang Yahudi.

Ikuti perkembangan penyiasatan mereka di Netflix.

The Defeated

Review

Perkara pertama yang mungkin anda sedar mengenai siri Netflix ini adalah setnya yang menggambarkan Berlin yang musnah dibom selepas tamatnya perang dunia kedua. Pada masa ini para penduduk Berlin sedang mengutip batu-bata yang masih boleh digunakan untuk membina semula bangunan di bandar itu. Setnya dibikin dengan begitu baik dan benar-benar menggambarkan keadaan melarat penduduk Berlin pada ketika itu. Tidak dapat dinafikan, mungkin skrin hijau digunakan, tetapi skala setnya memang hebat.

Dari segi jalan cerita dan penyiasatan yang dijalankan oleh pasukan polis yang dilatih Max McLaughin pula. Misterinya tidak begitu kompleks dan tidak begitu ringkas. Sesuai untuk ditonton segenap lapisan masyarakat tanpa sebarang masalah untuk difahami. Jalan ceritanya juga menarik dan mampu mengekalkan minat admin untuk menonton hingga akhir. Cuma babak-babak aksi yang serious hanya muncul dalam episod-episod terakhir. Pengakhiran siri ini juga dibikin dengan baik dan bijak serta membawa kepada kemungkinan musim kedua.

The Defeated

Dari segi watak-wataknya, semua watak-wataknya mempunyai kisah masing-masing dan bilangan watak-watak utama dalam siri ini yang banyak sekaligus memeriahkan pengalaman menonton. Malah mutu lakonan pelakon Jerman dan bukan Jerman dalam siri ini memang baik dan berjaya membawa watak masing-masing dengan baik. Pada penghujungnya, penonton yang mengikuti dari awal pasti terkesan dengan perkara-perkara yang berlaku kepada watak-watak dalam siri Netflix ini.

The Defeated

Secara keseluruhan, siri Netflix The Defeated merupakan sebuah siri yang dibikin dengan baik dan teliti. Ia jarang mendedahkan sebarang kecacatan dalam skrip, jalan cerita mahupun dalam perkara-perkara teknikal. Jika anda peminat siri penyiasatan polis dan juga filem perang dunia kedua, siri ini pasti menarik minat anda.

The Defeated

Positif vs Negatif

Positif

  • Set yang berjaya menggambarkan keadaan di Berlin selepas perang dunia kedua
  • Lakonan dan pembinaan watak yang berkesan
  • Jalan cerita yang menarik dan penyiasatan yang tidak terlalu kompleks

Negatif

  • Bagi peminat siri TV penyiasatan yang berpengalaman, mungkin plot filem ini agak boleh dijangka

Penilaian

Jalan cerita – 9/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10

Nilai hiburan – 8/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set/sinematografi – 9/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *