Rurouni Kenshin The Final – Kesudahan Perjalanan Epik Batosai [Review]

Filem-filem Rurouni Kenshin sememangnya filem berasaskan manga yang pada admin yang terbaik di pasaran dan filem terbaru dalam francais tersebut, Rurouni Kenshin The Final baru sahaja mula ditayangkan di Netflix semalam. Admin dengan penuh keriangan berkesempatan menonton filem ini di Netflix dan berikut merupakan review mengenainya.

Rurouni Kenshin The Final – Kesudahan Perjalanan Epik Batosai [Review]

Rurouni Kenshin The Final merupakan kesudahan bagi siri filem live action berasaskan manga bertajuk Rurouni Kenshin. Dalam filem ini Tokyo menghadapi ancaman serangan oleh sekumpulan penjenayah yang mempunyai dendam terhadap Himura Kenshin. Kumpulan tersebut yang diketuai Enishi ingin menghukum Kenshin atas kesilapan lalunya. Apakah kesilapan lalu itu? Itu akan dibongkar dalam filem Ruroni Kenshin The Beginning yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Dapatkah Kenshin mengatasi cabaran terakhir ini tanpa melanggar perjanjiannya untuk tidak membunuh? Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Rurouni Kenshin The Final

Review

Admin akan bermula dengan apa admin suka mengenai filem ini. Semestinya babak lawannya. Koreografi babak lawannya, terutamanya babak lawan satu dengan satu memang antara terbaik di dunia. Tambahan pula dengan pedang mata terbalik milik Kenshin, beliau boleh memukul lawan banyak kali tanpa membunuh mereka dan ketika itu ia memang nampak sangat gempak. Transisi antara dua babak lawan berlainan juga menerima sentuhan kreatif dan menambahkan lagi nilai artistik filem ini.

Walaubagaimanapun, babak satu lawan ramai atau dua lawan ramai agak kelam-kabut dimana koordinasi kumpulan konco jahat tidak begitu baik dan tidak begitu seronok ditonton. Ini merupakan kelemahan siri filem ini yang nyata sejak dahulu lagi.

Satu lagi yang admin suka adalah kisah latarbelakang yang bakal diulas lanjut dalam filem Rurouni Kenshin The Beginning. Admin sebenarnya tidak begitu ingat mengenai jalan cerita Rurouni Kenshin semasa admin menonton animenya sekitar awal 2000an dahulu, jadi dengan menonton filem ini admin akhirnya mengetahui kisahnya, walaupun admin difahamkan jalan ceritanya berbeza sedikit dari manga dan anime.

Juga, dengan menonton flashback Kenshin, anda akan memahami apa sebenarnya berlaku dalam siri filem yang sebelum ini. Kesudahan filem ini juga agak sedih, jika anda jenis penonton yang gemar melayan filem jiwang, anda akan suka kisah latarbelakang ini. Secara keseluruhannya, jalan cerita filem ini agak mudah difaham dan direct to the point, jadi anda tidak perlu pecah kepala memikirkannya atau mengingat kembali perincian kecil dalam filem lama.

Rurouni Kenshin The Final

Apa yang admin tidak suka tentang filem ini juga adalah dalam filem ini watak-watak selain Kenshin dan Enishi tidak diberi fokus yang secukupnya sehingga nampak seperti pelakon tambahan sahaja. Sanosuke dan Kaoru, contohnya hanya diberi peranan yang tidak begitu prominen dalam jalan cerita filem kali ini. Satu lagi perkara yang admin perasan juga adalah watak-watak tambahan seperti konco jahat, anggota polis biasa dan anak murid dojo semuanya seperti tak mempunyai skil berlawan langsung. Biasanya sekumpulan besar watak-watak tambahan ini akan dikalahkan secara mudah oleh watak orang kanan jahat atau watak kanan baik mahupun watak Kenshin sendiri. Inilah sebab utama admin mengatakan babak lawan beramai-ramai kurang memuaskan bagi admin.

Kesimpulannya filem Rurouni Kenshin The Final adalah bagi merka yang memang mengikuti francais filem ini dari awal atau mereka yang meminati filem berlawan kerana babak lawannya merupakan kekuatan utama filem ini diikuti jalan ceritanya yang OK. Dengan menonton filem ini juga ia menyediakan penonton bagi menonton filem yang admin percaya adalah prekuelnya iaitu Rurouni Kenshin the beginning.

Rurouni Kenshin The Final

Positif vs Negatif

Positif

  • Babak lawan yang sangat mendebarkan dan berimpak tinggi
  • Jalan cerita yang menarik dan kisah latarbelakang yang jelas.

Negatif

  • Babak lawan beramai-ramai yang agak kelam-kabut.
  • Jalan cerita berbeza sedikit dari anime dan manga

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10

Nilai hiburan – 8/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *