The Hunt – Filem Parodi Battle Royal [Review]

Oleh kerana kebosanan, admin mencari-cari filem untuk ditonton di pustaka HBO Go di Astro dan terpandang sebuah filem yang baru ditambah ke pustaka tersebut bertajuk The Hunt. Baru admin ingat admin pernah menonton trailer filem ini tahun lepas tetapi trailernya tidak begitu jelas filem ini tentang apa. Admin pun menontonnya dan berikut merupakan pendapat admin mengenainya.

The Hunt

The Hunt – Filem Parodi Battle Royal [Review]

The Hunt mengisahkan sekumpulan orang kaya yang menculik beberapa orang awam biasa untuk menjadi “binatang buruan” dalam permainan memburu mereka.

Review

Pertama sekali, walaupun filem ini nampak serious pada mulanya, namun, percayalah, jangan terlalu ambil serious filem ini kerana ia sememangnya mengarut. Tetapi mengarut dengan cara yang menghiburkan. Ia seperti filem Jepun “Battle Royale” dan “The Purge“, namun diberi sentuhan lawak jenaka gelap.

(dari kiri) Crystal (Betty Gilpin) dan Athena (Hilary Swank) dalam “The Hunt,” diarahkan oleh Craig Zobel.

Seawal mulanya filem ini, penonton telah disajikan dengan pelbagai “red herring” atau pembayang yang dicipta untuk memperdaya penonton untuk mempercayai suatu, padahal realitinya jauh berbeza. Contohnya, (sedikit spoiler) pada awalnya penonton diperkenalkan kepada watak-watak orang awam yang diburu dan penonton akan membuat kesimpulan siapa antara mereka adalah watak-watak utama (protagonis), tetapi dalam 15 minit pertama filem ini akan mengecewakan mindset penonton.

Semua tanggapan penonton adalah salah, dan protagonis filem ini hanya akan diperkenalkan selepas 15 minit dan beliau memang tidak disangka adalah protagonis. Bagi sesetengah orang ia mungkin mengecewakan kerana pengarah telah berjaya memperdaya penonton, tetapi pada pendapat admin langkah pengarah ini sangat bijak. Admin pun rasa nak gelakkan diri sendiri kerana terpedaya dengan muslihat pengarah. Beliau telah bermain dengan anggapan klise penonton dan menterbalik-balikkan jangkaan tersebut.

Selepas itu jalan cerita filem ini sangat mengarut hingga ke tahap yang admin sendiri ingin layankan sahaja kekarutannya. Filem ini banyak mempermainkan budaya “Poltically Correct” yang menjadi isu di Amerika dan menjadi parodi kepada genre filem-filem survival dan battle royale. Oh ya! Becakap mengenai genre survival dan battle royal, filem in tentunya tidak terlepas dari “blood & gore” yang agak dahsyat dan pada masa yang sama lucu. Ini dipanggil lawak jenaka gelap (Dark Comedy).

The Hunt

Jika dinilai secara serious, memang filem ini tidak mencapai tahap yang tinggi di mata admin. Tetapi kerana admin menonton filem ini tanpa sebarang jangkan dan hanya melayankannya sahaja, admin terhibur menonton filem ini. Ia sebuah filem untuk dilayankan sahaja tanpa berfikir terlalu dalam.

The Hunt
Betty Gilpin
The Hunt
Universal Pictures

Positif vs Negatif

Positif

  • Secara keseluruhannya, filem in sangat menghiburkan.
  • Putaran plot yang tidak dijangka
  • Aksi yang mendebarkan and lucu

Negatif

  • Mengarut
The Hunt
Betty Gilpin sebagai Crystal dalam “The Hunt,” diarahkan oleh Craig Zobel.

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 8/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set –7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *