Blood Red Sky – Filem Raksasa dengan kelainan [Review]

Admin terlihat satu filem baru dipromosikan di senarai main Netflix admin bertajuk Blood Red Sky. Pada mulanya admin tidak tahu ia filem apa, sebaliknya admin sangka ia sebuah filem zombie, jadi admin pun tontonlah filem ini tanpa sebarang kajian latarbelakang. Tetapi setelah menontonnya, admin tidak boleh sebut filem ini adalah filem raksasa apa kerana ia akan mengganggu pengalaman menonton anda. Berikut pendapat admin mengenainya.

Blood Red Sky

Blood Red Sky – Filem Raksasa dengan kelainan [Review]

Blood Red Sky merupakan sebuah filem Jerman yang bermula dengan babak di mana sebuah kapal terbang penumpang yang didakwa telah dirampas pengganas mendarat di sebuah lapangan terbang tentera di Scottland. Sejurus mendarat, seorang budak lelaki didapati keluar dari ruang kargo di belakang kapal terbang, manakala kedua-dua juruterbangnya telah mati dan orang yang memandu kapal terbang itu adalah orang awam yang disyaki perampas.

Anggota tentera telah mengepung kapal terbang itu dan tidak membenarkan sesiapa naik atau turun dari pesawat. Didapati pesawat itu juga membawa bahan letupan, jadi jarak selamat telah dikekalkan. Apa yang sebenarnya berlaku di atas kapal terbang itu? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Jika dilihat sepintas lalu, ternyata plot filem Blood Red Sky merupakan keistimewaan filem ini, di mana ia menyediakan satu plot yang memang lain dari yang lain. Admin tidak mahu terlalu banyak spoiler, tetapi ia bermula apabila seorang ibu tunggal yang mempunyai satu “penyakit misteri” bernama Nadja dan anaknya Elias yang mengambil penerbangan dari Jerman ke New York untuk menjalani satu “rawatan khas”. Malangnya di pertengahan penerbangan, pesawat itu dirampas oleh sekumpulan perampas professional dan anehnya, mereka memperalatkan orang-orang berketurunan arab untuk mengaku merampas pesawat itu. Apa pelan mereka? Itu anda perlu tonton sendiri filem ini.

Apa pun plot dengan mengambil kira jenis filem ini, ia merupkan satu plot yang agak tidak dijangka dan lain dari yang lain. Sepanjang filem ini akan ada flashback yang akan menerangkan sejarah Nadja yang agak malang dan sedih serta bagaimana beliau mendapat “penyakit” berkenaan. Semua “kisah tepi” ini membantu dalam memanusiakan watak Nadja dan mendekatkan watak tersebut kepada penonton.

Blood Red Sky

Tambahan pula, ia sebuah filem Jerman, bermakna pembikin filem memang teliti untuk mengurangkan lubang-lubang plot yang boleh menjadi persoalan kepada penonton. Jadi setiap kenapa yang dipersoalkan dalam filem ini ada jawapannya.

Blood Red Sky

Di samping plotnya yang menarik, ia mempunyai babak-babak aksi yang juga tidak kurang hebatnya. Apatah lagi dalam sebuah kapal terbang yang mempunyai ruangan yang terhad dan berada beribu kaki di atas langit. Babak aksinya tidak begitu ganas, tetapi jumlah darah yang banyak akan kelihatan dalam filem ini. Cuma mungkin koreografinya tidaklah sehebat mana.

Walaubagaimanapun admin agak kecewa juga di mana latarbelakang penyakit dan pasukan doktor yang ingin merawat penyakit Nadja tidak diterangkan dengan lebih mendalam. Admin merasakan jika mereka cuba explore lebih mendalam mengenai dua perkara ini, tentu ada sekuel dan mungkin ada satu siri filem spin-off mengenainya. Apa pun filem ini memang menarik untuk ditonton. Ia bukan super duper epik, tetapi ia agak luar dari kebiasaan.

Tontonlah filem ini bersama keluarga yang 16 tahun ke atas, anda tentu berpuas hati.

Positif vs Negatif

Positif

  • Plot yang menarik dan lain dari kebiasaan
  • aliran cerita yang memberi penerangan yang mudah difahami
  • babak aksi yang OK

Negatif

  • Ada beberapa poin yang boleh dieksploitasi untuk menjadikan filem ini lebih baik
  • Dari segi koreografi aksinya, tidak sehebat Holywood.

Penilaian

Jalan cerita – 8/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 8/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.