Daripada trailer filem Seventh Son, saya telah merasakan ia bukanlah satu filem yang besar setanding filem seperti The Hobbit dan Underworld, namun saya cuba membuang prejudis dan menonton filem ini tanpa prasangka.
Seventh Son [Review]
Seventh Son mengisahkan seorang Spook (pemburu makluk ghaib) bernama Gregory yang telah memerangkap dan memenjarakan seorang Nenek Kebayan (saya akan guna terma Witch) bernama Mother Malkin 10 tahun sebelumnya.
Namun kini “blood moon” telah terbit, iaitu fenomena di mana bulan menjadi merah, dan memberikan kekuatan kepada witch itu untuk melepaskan diri dari penjara yang dibuat oleh Gregory.
Mother Malkin merancang merampas kembali kedudukannya sebagai pemaisuri witch dengan bantuan makhluk ghaib yang ganas sebagai koncu-koncunya. Gregory yang baru sahaja kehilangan anak murid yang dibunuh Mother Malkin mendapat seorang anak murid baru bernama Tom Ward yang merupakan anak ketujuh dalam keluarga Ward.
Mampukah mereka mengalahkan Mother Malkin? Tontonilah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.
Jalan Cerita
Permulaan filem ini agak kelam-kabut kerana banyak fakta-fakta yang tidak dinyatakan berkenaan plotnya. Tetapi fakta-fakta ini diterangkan di pertengahan filem ini. Bagi sesetengah filem, teknik penceritaan ini menjadi, tapi bagi filem ini, ia didak diolah dengan baik menampakkan seolah-olah pembikin filem ini mahu jalan ceritanya cepat habis.
Plotnya agak biasa, boleh dijangka dan tidak banyak berbeza dengan filem-filem witch dan makhluk ghaib yang lain sebelum ini. Kadang-kala anda mengharapkan sedikit “twist” dalam plotnya, namun plotnya seolah ditulis oleh seorang yang “lurus bendul”.
Lakonan
Watak utamanya, Gregory yang dimainkan oleh Jeff Bridges mempunyai suara yang dalam dan kadang-kala sukar difahami apa yang dikatakannya, sementara lakonan pelakon lain seperti kurang berkarektor. Hanya lakonan Julianne Moore sebagai Mother Malkin layak diberi pujian kerana dilakonkan dengan perasaan.
Ini mungkin disebabkan skrip dan dialog yang kurang memberangsangkan menyebabkan lakonan kelihatan seperti kurang penghayatan.
Kesimpulan
Positif
- Scenery atau pemandangan latar dalam filem yang indah.
- CGI yang agak baik
- “Happy Ending”
Negetif
- Plot dan skrip yang agak lemah.
- Lakonan kurang memberangsangkan
Filem Seventh Son merupakan sebuah filem yang lebih kurang standard dalam Hollywood. Pada pendapat saya, mungkin pengarah filem ini baru mencebur diri dalam filem Holywood dan ingin menempa nama. Walaupun skrip dan plotnya agak simplistik, ia bukanlah sebuah filem yang teruk.
Sungguhpun begitu, rekomen saya ialah, tontonlah filem lain dahulu dan jika tiada filem lain yang ingin ditonton, filem ini boleh menghiburkan anda jika anda tidak mengharapkan suatu yang epik.
2 thoughts on “Seventh Son [Review]”