Taken 3 [Review]

Taken merupakan salah satu siri filem aksi kegemaran saya dan Taken 3 yang memulakan tayangannya hari ini sememangnya tidak menghampakan.

twittertaken1

Taken 3 [Review]

Dalam Taken 3 kali ini, Bryan Mills dituduh membunuh bekas isterinya yang dibunuh oleh pihak yang tidak diketahui di dalam apartmennya. Setibanya di apartmentnya, beliau menjumpai mayat bekas isterinya di atas katil dan tidak lama kemudian polis pun datang untuk menangkapnya tetapi berjaya melarikan diri. Kini dia sedang diburu polis dan pada masa yang sama cuba mencari siapa sebenarnya telah membunuh bekas isterinya itu.

Dapatkah dia mencari pembunuh itu? Saksikanlah kesudahannya di pawagam berhampiran anda.

 

Jalan Cerita

Secara umumnya jalan cerita ini berjaya mengimbangkan dengan sangat baik elemen aksi, suspens dan “unpredictability” jalan cerita. Seperti biasa, tiada siapa boleh mengalahkan bekas agen kerajaan ini kerana beliau terlalu hebat.

Tetapi dalam filem ini, jelas sekali pelakon Liam Neeson sudah terlalu tua untuk watak aksi sebegini. Rasanya selepas ini tiada lagi filem Taken. Sungguhpun demikian beliau berjaya membawa watak tersebut dengan baik.

forest-whitaker

Tetapi yang terbaik mengenai filem ini ialah ia tiada babak aksi melampau atau plot yang terlalu cliche. Ini menyebabkan penonton tidaklah terasa bosan menonton filem ini kerana sudah boleh mengagak apa yang berlaku seterusnya. Plot Twist di bahagian terakhir filem ini juga menarik dan tidak dijangka. Pendek kata anda tidak langsung akan bosan menonton filem ini.

tak3n-gallery2-gallery-image

[su_spoiler title=”Spoiler”]

Cuma ada satu dua perkara yang ganjil dalam filem ini. Watak ketua peniyasat, Franck Dotzler, yang dimainkan oleh Forrest Whitaker tidak pernah bersemuka dengan Bryan sepanjang filem ini sehingga babak terakhir (gambar di bawah). Ia tidaklah merosakkan plot tapi agak janggal.

Dalam ketiga-tiga filem ini, walaupun beliau membunuh terlalu ramai orang, Brayan Mills tidak pernah ditangkap dan dipenjarakan kerana itu. Pelik, bukan?

Jika anda menonton filem ini anda akan menyedarinya.

[/su_spoiler]

taken-3-liam-neeson-forest-whitaker

Kesimpulan

Positif

  • Jalan cerita yang seimbang antara semua elemen dan tidak langsung membosankan.
  • Tiada langsung babak membazir.
  • Twist cerita yang menarik

Negetif

  • Liam Neeson nampak terlalu tua untuk filem aksi sebegini.

Filem Taken 3 sememangnya satu filem yang wajib ditonton. Ia bukanlah satu filem yang epik, tetapi ia sebuah filem aksi yang cukup langkap dengan aksi tanpa henti sehingga anda agak sukar mencari kelemahannya (selain Liam Neeson terlalu tua).

, ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

3 thoughts on “Taken 3 [Review]

  1. Ping balik: Taken 3 | KaKi Borak
  2. Ping balik: Taken 3 | KeDai KoPi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *