Blackhat [Review]

Blackhat merupakan antara filem pertama yang dinanti-nantikan ramai untuk membuka tahun 2015, selain filem Taken 3 dan seperti Taken 3, ia juga tidak menghampakan, walaupun terdapat kelemahan di sana sini.

Blackhat

Blackhat [Review]

Blackhat bermula dengan babak seorang penggodam yang menggodam sistem komputer penjana tenaga nuklear di Hong Kong menyebabkannya meletup. Dalam usaha menjejak penggodam tersebut, ketua pasukan penyiasat yang ditubuhkan dengan kerjasama kerajaan China dan FBI Amerika, Kapten Chen Dawai mencari bantuan Nicholas Hathaway (Chris Hemisworth) yang merupakan seorang penggodam yang dipenjarakan kerana menggodam kad kredit. Beliau merupakan kawan kepada Kapten Chen semasa di MIT.

Dengan bantuan Hathaway, mereka mula menjejak penggodam tersebut dan menyiasat motif sebenar penggodam mengadakan serangannya. Dapatkah mereka menjejak penggodam itu? Saksikanlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Director of the movie Mann poses with cast members Wang, Hemsworth and Tang at the premiere of "Blackhat" at the TCL Chinese theatre in Hollywood

Jalan cerita

Dari segi isi cerita, ia menampilkan banyak isi membuatkan filem ini terasa panjang dan terasa memuaskan. Walaupun secara keseluruhan jalan cerita filem ini menarik, terdapat banyak kelemahan-kelemahan logikal kecil yang mencacatkan filem ini. Sebagai contoh, entah kenapa polis Hong Kong membenarkan Hathaway, seorang penjenayah, mengikuti pasukan polis SDU dalam serbuan ke atas kedudukan penjenayah/pengganas. Bukan itu sahaja, beliau dengan selamba mengambil pistol dari polis yang mati dan menyertai tembak-menembak antara polis dengan pengganas.

Blackhat-wallpaper-movie-2015

Banyak juga kelemahan-kelemahan kecil sedemikian yang tidak merosakkan filem ini secara keseluruhan, tetapi merosakkan babak yang terbabit. Untuk pengetahuan anda, babak yang melibatkan Perak, Malaysia juga diperlihatkan dalam filem ini, walaupun ia hanya satu babak sahaja, namun jika dilihat gambar dari babak tersebut di bawah, jelas sekali pikap pacuan 4 roda yang mereka pandu bernombor pendaftara Indonesia. Filem ini banyak digambarkan di Hongkong dan Indonesia.

blackhat

Lakonan

Walaupun lakonan pelakon utama seperti Wang Leehom, Hemisworth dan Tang Wei baik, namun lakonan pelakon tambahan lain hanya cukup-cukup sahaja. Malah watak ketua penjenayah yang muncul di akhir filem boleh dikatakan dilakonkan oleh pelakon yang tidak begitu mencapai standard Holywood.

Kesimpulan

Positif

  • Jalan cerita dengan aksi tanpa henti.
  • Konsep-konsep penggodaman yang digunapakai 90% mewakili situasi penggodaman dunia nyata.
  • Secara keseluruhan jalan cerita yang baik

Negetif

  • Walaupun secara keseluruhan, jalan ceritanya baik, namun jika dilihat secara dekat dari babak ke babak, banyak kelemahan dapat dilihat.
  • Lakonan selain pelakon utama tidak mencapai standard.
  • Pengakhiran yang agak stereotaip

Blackhat merupakan sebuah filem yang penyiasatan yang penuh aksi dan jika dilihat secara keseluruhan ia sememangnya sebuah filem yang baik. Namun, jika dinilai secara dekat dari babak ke babak, ternyata ia tidak diolah dengan begitu baik dan anda tentunya dapat menyedari kelemahan-kelemahan tersebut.

Sungguhpun demikian, kelemahan-kelemahannya itu tidak banyak memberi kesan kepada aliran plotnya dan anda mungkin tidak sempat fikir banyak mengenai kelemahan tersebut kerana “pace” jalan ceritanya agak pantas. Jadi, nikmatilah tontonan anda tanpa fikir banyak sangat mengenai kelemahannya.

IMDB

, ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

2 thoughts on “Blackhat [Review]

  1. Ping balik: Blackhat | KaKi Borak

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *