Vice [Review]

Walaupun filem Vice tidak banyak dipromosikan, penampilan Bruce Willis menarik minat saya untuk menonton filem ini. Lagipun, trailer filem berkenaan menunjukkan filem ini mempunyai satu topik menarik sebagai asas jalan ceritanya.

this-is-cool2014-12-05-09h53m03s20

Vice [Review]

Filem Vice mengisahkan satu kisah pada masa depan di mana Vice adalah satu bandar yang diwujudkan sebagai tempat di mana orang boleh datang dan melayan segala kemahuan sadis mereka tanpa kesan buruk.

Di Vice, para pekerjanya merupakan klon manusia separa robot dipanggil “Artificials” yang diwujudkan untuk melayan pelanggan Vice. Mereka hidup dari hari ke hari dan memori mereka akan dipadamkan setiap hari. Jika mereka dibunuh oleh pelanggan pun, mereka boleh dibaiki dan dihidupkan semula. (Membunuh artificials bukan satu kesalahan di Vice).

hero_Vice_2015_1

Satu hari, seorang artificial bernama Kelly mula mengalami keganjilan dan memori dari hari sebelumnya tidak dipadam. Takut, beliau melarikan diri dari Vice dan kemudian dikejar oleh pihak keselamatan Vice. Dapatkah beliau melarikan diri? Saksikanlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Jalan Cerita

Walaupun sinopsis filem ini agak menarik, namun realitinya, filem ini agak menghampakan. Saya fikir penulis lakon layarnya bukanlah yang berpengalaman dalam bidang perfileman. Asas jalan ceritanya menarik, tetapi pengolahan jalan ceritanya agak simplistik dan kurang kreatif.

Jalan ceritanya mudah diagak dan terlalu banyak babak tembak-menembak berbanding jalan cerita. Bagaimana heroine berjaya mengalahkan bos juga agak simplistik, seolah ia filem amatur.

VICE-201511

Produksi

Sungguhpun begitu, kelihatan pengarah telah cuba sedaya upaya untuk mengarahkan filem ini supaya tidak nampak seperti filem murahan. Prop yang digunakan tidaklah nampak murahan dan babak tembak-menembak dibuat dengan agak baik, walaupun pasukan askar upahan bertindak seperti amatur dan mudah dikalahkan.

Tapi apakan daya, filem ini hanya mempunyai bajet USD10 juta, yang dikira rendah bagi sebuah filem Holywood, terutamanya filem aksi.

Kesimpulan

Positif

  • Props yang agak baik walaupun bajet kecil.
  • Pengarah yang mencuba terbaik, walaupun diberi pelbagai kekangan.

Negetif

  • Jalan cerita agak simplistik dan tak banyak isi.
  • Bruce Willis tidak berapa menyerlah dalam filem ini.

Filem Vice ternyata merupakan filem aksi bajet rendah. Namun pengarahnya telah mencuba sedaya-upaya supaya ia tidak kelihatan terlalu murahan. Kehadiran Bruce Willis tidak banyak membantu menyerikan filem ini tetapi watak jahat dibawanya agak sesuai dengannya.

Apa pun, filem ini tidak ubah seperti filem aksi HBO, tetapi jika dibandingkan dengan filem Seventh Son, filem ini sedikit lebih menarik berbanding filem itu. Tontonlah filem ini sekiranya tiada filem lain untuk ditonton.

IMDB

, ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

1 thought on “Vice [Review]

  1. Ping balik: Vice | KaKi Borak

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *