The Hobbit Battle of Five Armies [Review]

The Hobbit Battle of Five Armies merupakan filem yang ditunggu-tunggu ramai dan menjadi penutup kepada siri filem The Hobbit. Jadi adakah ia gah seperti yang diharapkan oleh peminat siri filem ini atau adakah ia menghampakan? Kami di Wayangkini.com mengupas filem ini dengan ringkas.

the-hobbit-the-battle-of-the-five-armies

The Hobbit Battle of Five Armies [Review]

AMARAN : Terdapat banyak spoiler dalam review ini, walaupun kami cuba untuk mengurangkan bilangan spoiler, ia tidak dapat dielakkan bagi menjelaskan situasi terkini watak filem ini.

[su_spoiler title=”Klik dan baca spoiler pembukaan di sini”]

Filem The Hobbit Battle of Five Armies menyambung kisah sebelumnya The Hobbit The Desolation of Smaug di mana naga jahat Smaug menuju ke perkampungan manusia dengan tujuan memusnahkannya. Dalam filem terbaru dan terakhir ini, Smaug memusnahkan perkampungan itu dengan membakarnya hingga hancur. Namun dengan menggunakan panahan Black Arrow, Bard, berjaya membunuh Smaug.

hobbit-battle-five-armies-gandalf-galadriel

Dengan terbunuhnya Smaug perhatian beralih kepada Erabor yang baru ditawan kumpulan Dwarf diketuai Thorin. Pihak manusia yang telah kehilangan perkampungan mereka dan juga pihak Elf datang ke Erabor untuk menuntut hak mereka kepada harta karun dalam gunung Erabor itu. Tetapi Thorin yang telah menjadi buta kerana harta yang banyak itu tidak mengotakan janjiya untuk memberikan hak puak Elf dan manusia.

Apakah akan terjadi seterusnya? Tontonilah filem ini untuk mengetahuinya.

[/su_spoiler]

THE HOBBIT: THE BATTLE OF THE FIVE ARMIES

Jalan Cerita

Setelah mengetahui situasi terkini, barulah kami dapat menerangkan serba sedikit mengenai jalan cerita filem ini. Sebenarnya, walaupun filem ini penuh dengan aksi-aksi peperangan yang epik, jumlah kandungan isi cerita adalah agak sedikit berbanding filem-filem seterusnya. Maklumlah, filem ini hanya mempunyai durasi 2 jam. Ia terasa seolah-olah filem ini sepatutnya digabungkan dalam filem kedua, tetapi telah diasingkan kerana terlalu panjang untuk disertakan dalam filem kedua. Tetapi pada masa yang sama ia agak pendek untuk sebuah filem dalam siri “The Hobbit” dan kelihatan banyak usaha dijalankan untuk memanjangkan filem ini untuk mencukupkan 2 jam masa tayangan.

THE HOBBIT: THE DESOLATION OF SMAUG

Sungguhpun demikian, filem ini tidak langsung membosankan. Ia melengkapkan perjalanan jalan cerita yang telah dilalui dalam siri filem The Hobbit ini. Aksi epik peperangan terakhirnya sangat menarik, tetapi jika anda telah menonton siri The Lord of The Rings, babak epic seperti ini sememangnya biasa dalam siri filem Peter Jackson ini dan bukan sesuatu yang istimewa.

Kesimpulan

Positif

  • Babak perang yang epik
  • Walaupun isi pentingnya sedikit, ia diolah dengan baik dan menarik
  • “Everybody lived happily ever after” (Penutup dengan kesudahan yang bahagia)

Negetif

  • Isi sedikit. Terasa seolah ia adalah sebahagian dari filem kedua, tetapi dipotong untuk dibuat satu filem berasingan dan dipanjangkan untuk mencukupkan 2 jam.

The-Hobbit-The-Battle-Of-The-Five-Armies-Teaser-Trailer-Screencaps-the-hobbit-37380573-1366-564

Bagi mereka yang mengikuti siri filem the Hobbit, filem The Hobbit Battle of Five Armies sememangnya wajib tonton. Tapi bagi penonton siri filem ini yang kurang fanatik, penantian 1 tahun tidak begitu berbaloi memandangkan filem ini kelihatan seperti boleh ditamatkan lebih awal dalam filem kedua, tetapi telah dipotong dan dijadikan satu filem berasingan.

Sungguhpun begitu, ia bukanlah sebuah filem yang teruk. Mungkin jumlah isi yang ganjil dalam buku The Hobbit menyebabkan isi filem sukar dibahagikan kepada 3 bahagian, menyebabkan filem terakhir ini terasa seperti kekurangan. Apa pun, ia sebuah filem yang baik dan telahpun mendapat USD90.6 juta sepanjang tayangan-tayangan premiernya hujung minggu lepas.

IMDB

, ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

1 thought on “The Hobbit Battle of Five Armies [Review]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *