Paddington [Review]

Sebenarnya saya tidak bercadang untuk menonton filem Paddington ini di pawagam, namun kerana mengikut rakan-rakan, saya akur sahaja dan menonton filem ini dengan minda terbuka. Rupa-rupanya ia satu filem yang walaupun ringkas, agak menghiburkan.

PADDINGTON

Paddington [Review]

Paddington mengisahkan seorang beruang remaja dari spesis istimewa yang mempunyai kepintaran seperti manusia. Dia dan bapa dan ibu saudaranya tinggal di hutan pedalaman Peru. Setelah hutan dan tempat tinggal mereka musnah akibat gempa bumi, beruang remaja itu dihantar ke London untuk mencari pengembara yang mula-mula telah menemui spesis beruang tersebut dan mengajar mereka tentang peradaban dan bahasa Inggeris.

Di London, beliau diambil dan dijaga oleh keluarga Mr Brown. Di situ bermulalah pengembaraan beruang remaja tersebut, yang kemudiannya akan diberi nama Paddington, ke dunia manusia di London.

77778-640x360-paddington-on-the-tube-escalator-640

Jalan cerita

Sebenarnya jalan cerita ini sangat ringkas. Maklumlah ia sebuah cerita kanak-kanak. Namun ia dibikin dengan begitu baik menggunakan kepakaran pembikinan filem British dan sangat menghiburkan. Dalam filem ini, anda akan dapat melihat perbezaan antara filem komedi kanak-kanak British dengan yang dibikin Hollywood.

Biasanya filem Hollywood dengan genre sebegini dibikin dengan agak cincai dan penuh dengan komedi slapstik, memandangkan ia disasarkan kepada kanak-kanak. Namun filem British ini menampilkan komedi visual yang tidak slapstik, sebaliknya agak bijak. Jika anda pernah menonton komedi Mr Bean, ia berada di tahap itu. Pembikin filem ini menggunakan akal untuk membuat komedi, bukan sekadar slapstik.

77773-640x360-paddington-and-mr-brown-640

Berbalik semula kepada jalan ceritanya, daripada pengamatan kami, ia banyak menumpukan kepada pemaparan masyarakat London masa kini yang terlalu sibuk dan kurang peduli tentang adab dan kebajikan orang lain. Paddington yang agak naif, berusaha memperbaiki hubungan keluarga Mr Brown yang, seperti kebanyakan keluarga di London, mempunyai maalah perhubungan antara ahlinya.

2014, PADDINGTON BEAR

Kesimpulan

Positif

  • Satu filem yang dibikin dengan baik (malah terdapat unsur Harry Potter)
  • Lawak jenaka yang menghiburkan dan ikhlas, serta tidak kelihatan terdesak untuk membuat penonton gelak.

Negetif

  • Plot yang ringkas (memang diharapkan daripada filem kanak-kanak)

Filem Paddington bukanlah sebuah filem yang boleh memenangi Oscar, namun ia dibikin dengan baik dan memaparkan kebudayaan British dengan baik sekali. Mungkin bagi penonton biasa, kesan itu tidak terasa sangat, namun bagi admin yang pernah membesar di UK semasa kecil, ia berjaya mengimbau semula kenangan semasa di sana. Ia juga mungkin akan memberi kesan yang sama bagi mereka yang pernah belajar di universi di UK.

Apa pun, bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil, memang berbaloi untuk membawa mereka menontonnya kerana mereka tentu akan terhibur menonton filem ini.

IMDB

, ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

3 thoughts on “Paddington [Review]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *