Tayangan Perdana House Of Cards Musim Ketiga

Hari ini, pasukan WayangKini.com menerima jemputan media ke acara tayangan perdana drama TV terkemuka House of Cards musim ketiga anjuran HyppTV dengan kerjasama rangkaian RTL CBS Asia Entertainment Network yang merupakan salah sebuah rangkaian di bawah naungan HyppTV.

hous of cards

Tayangan Perdana House Of Cards Musim Ketiga

HyppTV dengan kerjasama RTL CBS Asian Entertainment Network telah menganjurkan tayangan perdana siri TV House of Cards di mana wakil media dijemput untuk menonton dua episod pertama musim tersebut sebelum ia ditayangkan di kaca TV Malaysia mahupun di Amerika.

Acara tersebut bertempat di TGV Indulge di One Utama bermula pukul 10.30 pagi dan berakhir sekitar 1.30 petang.

image

House of Cards merupakan sebuah drama TV bertemakan kancah politik di Amerika telah memenangi anugerah Emmy berkisar tentang seorang ahli politik bernama Francis Underwood yang dibintangi Kevin Spacy yang bercita-cita tinggi ingin memegang tampuk pemerintahan White House. Beliau sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat beliau walaupun ianya salah di sisi undang-undang.

Atas sebab-sebab tertentu, kami tidak dibenarkan mendedahkan sebarang maklumat mengenai dua episod musim ketiga yang telah kami tonton.

Namun apa yang kami boleh dedahkan ialah seperti musim-musim sebelumnya, ia penuh dengan babak mendebarkan dan menampilkan kelicikan Francis Underwood dalam usaha beliau mengatasi cabaran serta musuh politik dalam usaha mengekalkan kuasa yang dimilikinya.

Mag khas House of Cards istimewa, hadiah dari RTL CBS
Mag khas House of Cards istimewa, hadiah dari RTL CBS

Untuk makluman para peminat, 13 episod siri TV House of Cards bakal ditayangkan secara back-to-back pada hari Ahad 1 Mac 2015 bermula 9.20am hingga 9.55pm dan ulangan bermula 4 Mac 2015 setiap Rabu 9.55pm di saluran 616 HyppTV.

Bagi pengguna Unifi pula, bagi menonton siri House of Cards ini, anda boleh melanggan Ja-Jumbo Deal melalui HyppTV yang menawarkan 60 saluran bernilai RM1440 pada kadar bulanan RM209. Ianya didatangkan dengan pakej internet Unifi VIP 10 atau RM259 bagi langganan pakej internet Unifi VIP 20.

Pakej ini didatangkan dengan perkhidmatan pemasangan percuma bernilai RM200.

, , , , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *