Drama TV: The Odd Couple (2015) [Review]

The Odd Couple (2015) merupakan sitkom yang diolah-semula (remake) daripada sitkom popular sekitar 70-an yang mempunyai tajuk yang sama.

Drama TV ini berkisar tentang dua bintang utama Oscar Madison lakonan Matthew Perry yang terkenal dengan sitkom 90-an “Friends” dan Felix Unger lakonan Thomas Lennon yang biasa membuat kemunculan di Comedy Central. Ianya mengisahkan dua rakan karib yang tinggal sebumbung setelah berpisah dengan pasangan masing-masing di mana kedua-dua watak tersebut mempunyai gaya hidup yang sangat berbeza.

Untuk pengetahuan pembaca, ini bukanlah kali pertama Matthew Perry memegang watak pengulas sukan di mana sebelum ini beliau pernah membintangi sitkom “Go On”. Sitkom tersebut hanya bertahan untuk satu musim sahaja.

Oleh kerana saya tidak pernah menonton drama asal komedi ini, penilaian yang dibuat hanya berdasarkan drama terbaru tanpa sebarang perbandingan.

the-odd-couple-2015-2

Jalan Cerita

Secara asasnya, ianya hanya berkisar tentang perbezaan Oscar yang hidup sambil lewa dan lebih menonjolkan watak kelakian yang tipikal – pengotor dan pemalas manakala Felix pula lebih menonjolkan watak yang menitikberatkan kesempurnaan (perfectionist) dan lebih “skema”.

Plot cerita agak kurang memberangsangkan kerana tidak menonjolkan idea yang unik terutamanya jika anda penggemar drama komedi. Ianya seolah-olah gabungan beberapa sitkom yang pernah muncul di kaca TV. Oleh sebab itu, ianya kurang surprised element di mana hampir keseluruhan jalan ceritanya boleh diramal termasuk skrip yang digunakan.

 

Lakonan

Saya berpendapat bahawa karektor dalam sitkom The Odd Couple 2015 tidak mempamerkan sebarang keaslian di mana watak Matthew Perry hanyalah seperti lakonan semula dari sitkom beliau yang terdahulu.

Untuk watak Thomas Lennon pula, ianya banyak mempunyai persamaan dengan watak Stuart Gardner lakonan David Alan Basche dalam sitkom “The Exes”.

Jika dibandingkan 2 watak di atas, saya berpendapat bahawa Thomas Lennon lebih menyerlah berbanding Matthew Perry. Secara menyeluruhnya, gandingan antara dua pelakon ini kurang menampakkan keserasian dan perlu diperbaiki dalam masa terdekat.

 

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang mudah difahami di mana sesuai untuk tontonan santai.

Negatif

  • Tidak memaparkan keunikan bagi menandingi sitkom terkemuka seperti Friends, How I Met Your Mother, The Big Bang Theory dan sebagainya.
  • Gandingan dan lakonan yang kurang memberangsangkan dan perlu diperbaiki.

the-odd-couple-2015-3

Kesimpulan

Jika anda inginkan sebuah sitkom bagi mengisi masa lapang, The Odd Couple 2015 adalah sesuai kerana ia tidak memerlukan anda berfikir dan hampir setiap barisan skrip merupakan punchline.

Namun begitu, saya berasakan bahawa terdapat kemungkinan sitkom ini akan dibatalkan penyiarannya atau hanya dapat bertahan untuk satu musim sahaja jika tiada perubahan dalam masa terdekat bagi menarik minat penonton.

, , , ,

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *