Vivo Bekerjasama Dengan Pengarah Filem Malaysia Dalam Menghasilkan Filem Pendek “Kita” Sempena Hari Kemerdekaan

Petang tadi kami telah dijemput ke acara tayang perdana untuk pihak media bagi bagi filem pendek berjudul “Kita” yang dibikin dengan kerjasama Vivo Malaysia dan pengarah Ho Yu Hang sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos ini. Filem dengan durasi 9 minit 44 saat ini mengisahkan Foo Kok Keong, seorang pelajar baru di sebuah sekolah. Beliau sangat minat melukis, tetapi tidak mendapat sokongan ibu bapa. Disebabkan berkawan dengan rakan yang bermasalah beliau hanyut. Sehingga beliau mula mengenali rakan sekelas Nadia, yang juga suka melukis dan memenangi pertandingan. Filem pendek ini memaparkan persekitaran Malaysia yang berbilang kaum bekerjasama dalam membantu antara satu dengan lain.

Vivo Bekerjasama Dengan Pengarah Filem Malaysia Dalam Menghasilkan Filem Pendek “Kita” Sempena Hari Kemerdekaan

Filem pendek Kita telah diarahkan oleh pengarah popula tempatan, Ho Yu Hang dengan menggunakan sepenuhnya telefon pintar Vivo X50. Daripada filem pendek ini anda boleh lihat sendiri kualiti gambar dan ciri-ciri telefon pintar ini yang memainkan peranan penting dalam penghasilan filem ini. Berikut adalah sedikit perkongsian pengarah Ho Yu Hang mengenai pengalamannya mengarah filem ini dan ciri-ciri yang ada pada telefon pintar Vivo X50 Pro yang beliau gemarkan sepanjang penggambarannya. (Maaf kualiti video kurang baik, Telefon pintar admin bukan Vivo X50 Pro)

 

Anda mungkin tertanya-tanya, sehebat manakah kualiti kamera telefon pintar ini sehingga digunakan untuk merakam sebuah filem pendek? Tontonlah filem pendek Kita sendiri untuk menilainya.

Penyanyi popular tanahair Shila Amzah juga berbesar hati untuk menyanyikan lagu tema filem pendek ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar Vivo X50, singahlah ke laman web Vivo Malaysia atau terus sahaja ke laman Youtube Vivo Malaysia.

TRIVIA: Foo Kok Keong merupakan nama pemain badminton negara era awal 90-an

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *