Mungkin sebahagian dari anda telah mendengar mengenai pelancaran panggung wayang panorama Screen X 270 darjah di GSC 1 Utama, tetapi kami mengambil kesempatan untuk mencuba sendiri panggung terbaharu itu di GSC 1 Utama semalam. Olehkerana pilihan ketika itu hanyalah filem Captain Marvel, kami akur menonton filem tersebut. Sekurang-kurangnya ia bukan filem seram Annabelle (juga ditawarkan pada hari Sabtu).
Panggung Panoramik GSC Screen X
Apa itu Screen X?
Screen X merupakan platform sinematik berbilang projeksi yang menawarkan kepada penonton pengalaman menonton filem pada pandangan 270 darjah dengan membesarkan ruang projeksi dari hanya skrin hadapan kepada skrin hadapan beserta dua skrin sisi. Ini memberikan penonton tayangan filem yang lebih imersif. Teknologi ini datangnya dari Korea.
Pandangan pertama mengenai pawagam Screen X ialah, kerusinya lebih luas dan empuk. Biasanya penonton akan berebut-rebut untuk menempah tempat duduk lebih belakang, tetapi memandangkan kami lambat menempah tiket, kami mendapat tempat duduk baris ketiga dari hadapan. Tetapi kami rasa untuk platform ini, penonton tempat duduk hadapan mendapat pandangan yang lebih baik berbanding di belakang. Ini mungkin kerana jarak kami dengan skrin yang lebih dekat, kami boleh mendapat pandangan yang lebih imersif.
Sebelum tayangan filem Captain Marvel, kami dihidangkan dengan demonstrasi filem pendek yang menunjukkan potensi penuh platform berkenaan. Video berkenaan boleh dilihat di bawah, tetapi kesannya tidak dapat dirasai jika hanya menonton di Youtube sahaja. Kerana demonstrasi ini telah dioptimasikan untuk Screen X, projeksi kiri dan kanan sememangnya merupakan pandangan kiri dan kanan. Jadi, menonton filem ini seolah-olah kami menaiki satu kapal angkasa dan boleh memandang ke kiri dan ke kanan, dan melihat apa yang berada di sisi kami. Ia begitu imersif sehingga kami terasa seolah seolah seluruh pawagam bergerak mengikut pergerakan kapal angkasa seperti anda lihat dalam video tersebut. Memang hebat
Namun, perkara sama tidak boleh dikatakan kepada filem Captain Marvel. Filem ini tidak dioptimasikan untuk Screen X, apa yang kamiboleh gambarkan mengenai filem ini ialah ia seolah satu filem widescreen yang diprojeksikan pada skrin bukan widescreen dan bahagian tepi kiri kanan yang berlebih akan di tarik panjang untuk memuatkan pada kedua-dua skrin sisi.
Pada pandangan kami, ia tidak menambah nilai pada filem tersebut. Tambahan pula, di sesetengah babak, skrin-skin sisi tidak digunakan langsung. Jika dibandingkan dengan platform IMAX 2D, IMAX 2D lebih baik untuk menonton filem yang tidak dioptimasikan untuk Screen X.
Namun persoalannya ialah, adakah pembikin filem sanggup untuk menyesuaikan teknik penggambaran mereka untuk memenuhi keperluan Screen X? Kami berpendapat, tidak. Apa yang mereka boleh buat ialah cuba mengadaptasikan filem dengan format widescreen mereka kepada Screen X. Tetapi pada harga tiket asal tanpa diskaun RM24, cabarang sengit akan dihadapi dari format IMAX yang lebih kukuh di pasaran perfileman.
Jadi, sehingga adanya filem yang dioptimasikan untuk Screen X. Sukar untuk kami rekomenkan anda menonton di pawagam ini. Tetapi jangan percaya kami bulat-bulat, cuba sendiri untuk mendapat pandangan sendiri mengenai platform ini. GSC menawarkan diskaun dengan harga tiket hanya RM14 sehingga 4 September 2019. Jadi,tidak rugi untuk mencuba.
Pautan: Laman Screen X GSC