Garang – Tunggang OKU? [Review]

” Garang tunggang OK? “. Itulah tajuk-tajuk utama di pelbagai media sosial yang mengulas mengenai filem tersebut. Garang merupakan sebuah filem yang ditayangkan di pawagam penghujung tahun lepas. Ia hanya berjaya kekal di pawagam untuk seminggu atau dua sebelum ditamatkan. Antara ulasan yang paling kontroversi dan mendapat perhatian ramai ialah dari seorang pengkritik filem di Youtube yang mungkin anda kenal iaitu Zhaf dari Pure Pixels. Anda boleh tonton ulasannya di saluran Youtube Pure Pixels. Justin Wong dari KiniDia.com sebuah portal penstriman filem Malaysia percuma, telah menghubungi Wayangkini.com untuk mengulas filem Garang dan sempena pelancaran KiniDia.com, kami mengulas semula filem tersebut.

Garang – Tunggang OKU? [Review]

Garang mengisahkan Izam, seorang pelumba kerusi roda OKU harapan negara yang menjauhkan diri dari sukan itu kerana rasa bersalah atas kemalangan maut yang dialami abangnya. Ini juga menyebabkan kakaknya, Jasmin memulaukannya. Satu hari, Jasmin didatangi gangster yang memintanya membayar balik hutang abangnya yang telah meninggal. Buntu, beliau terpaksa meminta bantuan tiga rakan OKU lamanya, diketuai Reza. Kemudian, satu demi satu rahsia di sebalik hutang abangnya terungkai.

Dapatkah mereka membayar semula hutang tersebut? Tontonlah filem di KiniDia.com ini untuk mengetahui kesudahannya.

Garang

Review

Review keras Zhaf mengenai filem Garang sememangnya mengudang kritikan dari pelbagai pihak. Namun ini boleh dijangka memandangkan beliau adalah seorang pengkritik filem, dan seorang pengkritik yang baik (sesetengah pembikin filem tempatan tentu tidak setuju dengan kenyataan ini tapi, apa boleh buat, dia memberi pendapat jujur). Tetapi kami di Wayangkini membuat review dari pandangan seorang penonton filem. Apakah perbezaannya? Teruskan membaca.

Admin telah menonton review Zhaf tidak lama dahulu dan sebenarnya ada banyak poin yang admin bersetuju dengannya. Sebenarnya admin tak ada masalah dengan sinematografinya. Malah admin rasa sinematografinya lebih baik dari kebanyakan filem Melayu tipikal. Ia banyak menggunakan syot dron untuk merakam babak-babak transisi. Cuma, memang betul, kadang-kala ia terlebih guna syot dron ini dan nampak melebih pula.

Dari segi jalan cerita, ia mempunyai satu jalan cerita yang munasabah. Cuma mungkin fokus jalan ceritanya terlalu banyak sehingga seperti tidak ada fokus. Adakah ia mahu memfokuskan kepada lumba haram berkerusi roda ataupun mahu memfokuskan kepada masalah atelit OKU negara? Babak-babaknya juga diolah pada tahap yang lebih kurang sama dengan drama Melayu pukul 7 di TV3. Ia tidaklah teruk sangat, namun anda boleh jangkakan tahap kualiti klise drama TV3.

Garang
PETALING JAYA 07 NOVEMBER 2019. Pelakon, Ahmad Maembong bersama barisan pelakon-pelakon pada majlis ramah mesra bersama pelakon filem Garang di Petaling Jaya. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

Filem ini cuba juga untuk membina karakter-karakter yang boleh diingati, contohnya seorang dari kawan OKU Reza suka baca novel jiwang dan seorang lagi rakannya selalu lapar. Percubaan yang baik tapi malangnya tidak cukup baik. Mutu lakonan pelakon utama juga seperti yang anda boleh jangkakan dari sebuah drama TV3. Namun, pelakon sokongan seperti Jalil Hamid dan Wan Hanafi Su memang berada di tahap yang lain.

Secara keseluruhan, filem Garang taklah seteruk seperti yang digambarkan oleh Zhaf, cuma ia juga tidaklah sehebat mana. Ia mempunyai visual yang menarik, tetapi jalan ceritanya boleh dikatakan berada pada tahap klise drama Melayu TV3, malah terdapat filem TV Cerekarama yang jauh lebih baik dari filem ini. Admin juga faham kenapa Zhaf memberi review yang agak kasar mengenai filem ini adalah kerana expectationnya daripada sebuah filem yang memasuki panggung wayang di mana anda perlu membayar untuk tiket wayang tidak tercapai dengan menonton filem ini. Kalau admin terpaksa pergi ke wayang, beli tiket dan pop corn untuk menonton filem ini, admin juga akan ada expectation yang tinggi.

Admin juga berpendapat filem ini tidak sepatutnya keluar di panggung wayang, sebaliknya ia sepetutnya terus ditayangkan samada di TV3 ataupun di portal penstriman seperti KiniDia.com.  Ia lebih sesuai ditayangkan di skrin kecil berbanding di layar perak. Dengan itu, expectation penonton tidaklah setinggi gunung dan mungkin filem ini hanya dilihat sebagai satu lagi filem berbahasa Melayu di TV, bukannya filem sampah seperti di katakan Zhaf. Begitulah perasaan admin setelah menonton menggunakan komputer melalui KiniDia.com.

Mengenai kontroversi Garang tunggang OKU? Admin tidak rasa itu kesnya, sebaliknya admin rasa penulis skrip bukan orang OKU kerana terdapat beberapa dialog yang membuktikannya seperti penggunan perkataan “cacat” oleh Reza dalam filem ini merujuk kepada dirinya sendiri. Admin rasa kalau nak menaikkan kesedaran mengenai OKU, perkataan sedemikian tidak patut digunakan.

Garang

Positif vs Negatif

Positif

  • Sinematografi yang above average bagi sesebuah filem Malaysia
  • Jalan cerita yang mudah difahami

Negatif

  • Pengolahan babak agak klise
  • Banyak babak meleret-leret

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –6/10

Nilai hiburan – 6/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 6/10

Garang di KiniDia.com

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *