Antarabangsa

Hobbs and Shaw – Pasangan Serasi dalam Ketidakserasian

Sejak Hobbs dan Shaw membuat penampilan dalam filem Fate of the Furious atau F8, memang kami tidak sabar untuk melihat bagaimana siri filem spin off Hobbs and Shaw akan berhasil. Kini filem tersebut telah mula ditayangkan dan kami sempat menontonnya. berikut adalah pendapat kami mengenai filem ini.

Hobbs and Shaw

Hobbs and Shaw – Pasangan Serasi dalam Ketidakserasian

Dalam filem Hobbs and Shaw, dua musuh/rakan ini dipaksa bekerjasama untuk menumpaskan satu kumpulan pengganas berteknologi tinggi yang mana sedang memburu adik kepada Dekard Shaw bernama Hattie, seorang anggota MI6. Beliau telah mencuri sejenis virus berteknologi tinggi yang dimahukan kumpulan pengganas tersebut.

Pemburuan tersebut diketuai seorang bernama Brixton yang merupakan seorang lelaki yang telah “ditambahbaik” oleh teknologi tinggi menjadikannya seorang “Superman” berkulit hitam. Kini tugas menjaga keselamatan Hattie jatuh kepada Hobbs dan Shaw. Mampukah mereka mempertahankan Hattie sehingga virus itu dapat diserahkan kepada pihak berkuasa? Tonotonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Hobbs and Shaw

Review

Filem ini memulakan kisahnya dengan memperkenalkan dua-dua watak Hobbs dan Shaw di mana ia menekankan perbezaan antara mereka, Hobbs lebih berperwatakkan ceria dan Shaw lebih gelap. Ini satu pengolahan dalam bahagian pengenalan yang kreatif dan kami suka dengan cara ia disampaikan. Namun perbezaan antara mereka inilah menjadi sebab mereka sukar bekerjasama dan sering bergaduh. Ini secara asasnya menggambarkan perhubungan antara mereka sepanjang filem ini dan menjadikan filem ini lucu serta menghiburkan.

Filem pertama Hobbs and Shaw ini juga memperkenalkan secara lebih mendalam, latarbelakang keluarga Hobbs dan Shaw memandangkan dalam filem-filem Fast and Furious, watak-watak mereka tidak diterokai secara mendalam.

Jalan cerita filem ini secara asasnya tidak lari jauh dari filem-filem aksi tipikal Holywood, jadi anda boleh menjangkakan apa yang berlaku dalam filem ini. Tetapi anehnya, pihak CIA yang menjadi “ketua operasi” dalam filem ini digambarkan seperti tidak kompeten dan hanya sekadar bahan jenaka. Mungkin ini kerana pengarah mahu tumpuan difokuskan jalan cerita¬† kepada watak-watak utama yang hebat. Jadi dari apa yang kami lihat, kekuatan dalam filem ini lebih kepada lawak jenakanya serta”keserasian kedua-dua watak utama yang tidak serasi kerja bersama”. Berbeza daripada filem francais Fast and Furious yang lebih serious.

Selain itu watak-watak sampingan yang membuat cameo dalam filem ini tidak dijangka dan menambahkan keseronokan filem ini. Terdapat Ryan Reynolds dan Kevin Hart yang menghiburkan, walaupun muncul hanya beberapa babak sahaja. Penonton juga akan diperkenalkan kepada latar belakang Samoa watak Hobbs, yang juga menyeronokkan.

Secara ringkas, filem Hobbs and Shaw adalah filem aksi komedi bagi mereka yang memang mengharapkan untuk dihidangkan dengan aksi dan lawak jenaka. Ia lebih ringan sedikit berbanding filem-filem Fast and Furious dan mungkin juga bajetnya lebih rendah. Jangan lupa menonton babak pasca kredit. Ada dua yang utama, satu selepas babak penutup, satu lagi di penghujung kredit panjang. Terpaksalah anda tunggu sehingga akhir kalau hendak tonton babak tersebut. Tetapi babak pasca kredit yang kedua di pawagam kami seolah-olah dipotong separuh dan setelah mencari secara online, barulah kami tahu apa terjadi. Harap ia tidak berlaku kepada anda.

Positif vs Negatif

Positif

  • Aksi dan lawak jenaka yang menghiburkan
  • Cameo watak-watak yang menghiburkan
  • satu permulaan baik kepada spin-off Hobbs and Shaw

Negatif

  • Jalan cerita yang mudah

Kesimpulan

Filem Hobbs and Shaw adalah filem aksi komedi sejati. Jika anda mengharapkan jalan cerita yang kompleks dan menduga minda, anda silap memilh filem. Tontonlah filem ini bersama rakan-rakan untuk melepaskan tekanan setelah seminggu bekerja. Anda pasti tidak menyesal

Penilaian: 8/10

IMDB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Latest

To Top