Sepertimana anda ketahui, ekoran penularan virus COVID-19 PM negara kita telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang menghadkan pergerakan rakyat Malaysia kepada perjalanan-perjalanan yang penting sahaja, seperti ke hospital atau untuk membeli keperluan hidup. Dengan pengumuman ini juga semua kedai yang bukan berkaitan kesihatan dan keperluan hidup diarahkan ditutup dari hari ini 18 Mac ke 31 Mac. Ini termasuklah panggung wayang. Akibatnya banyak filem-filem yang sepatutnya ditayangkan telah ditunda oleh syarikat-syarikat perfileman. Berikut adalah 5 filem yang telah di ditunda tayangannya.
5 Filem Yang Ditunda Disebabkan COVID-19
-
Peter Rabbit 2
Filem Peter Rabbit 2 mungkin bukan sebuah filem yang ditunggu-tunggu semua, namun mungkin bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan telah menonton filem pertama ingin menonton filem ini . Filem yang dijadualkan mula ditayangkan di Malaysia pada 27 Mac, kini ditunda sehingga 7 Ogos 2020. -
No Time To Die
Filem terakhir lakonan Daniel Craig sebagai James Bond juga tidak terlepas dari tundaan. Filem ini akan ditunda sehingga bulan November kelak. Namun tarikh spesifik belum diumumkan. -
Mulan
Filem live action pertama Mulan yang sepatutnya ditayangkan pada 27 Mac akan ditunda ke suatu tarikh yang akan diumumkan nanti. -
A Quiet Place 2
Filem ini merupakan salah satu filem yang paling kami tunggu-tunggu. Ia sepatutnya ditayangkan hari ini (18 Mac), tetapi telah ditunda ke satu tarikh yang belum diumumkan. -
Fast and Furious 9
Nampaknya Vin Diesel dan rakan-rakan mendapat cuti paling panjang. Filem yang dijadualkan untuk tayangan bulan Mei tahun ini ditunda nun jauh di sana ke bulan April 2021. Penundaan ini memerlukan kesabaran tertinggi antara semua filem yang ditunda.
Perintah Kawalan Pergerakan sememangnya menyusahkan orang ramai, tapi ia adalah untuk kebaikan bersama demi mengelakkan jangkitan wabak COVID-19. Jika dulu ramai yang mengutuk China akibat penularan wabak tersebut, namun kini giliran Malaysia pula untuk menunjukkan setakat mana kita mampu mengawal wabak ini. Tanggungjawab tidak seharusnya hanyak diletakkan pada kerjaan, sebaliknya semua rakyat perlu bekerjasama dan kekal di rumah selagi tiada kepentingan untuk keluar.
Astro telah memberi kerjasama dengan memberi tayangan percuma saluran filem seperti Fox Movies, Warner Movies dan sebagainya sepanjang untuk pelanggannya sepanjang jangkamasa Perintah Kawalan Pergerakan ini. Jadi, anda bolehlah menonton filem-filem terdahulu dalam keselesaan di rumah. Bersabarlah wahai rakyat Malaysia!
Untuk memantau keadaan terkini penularan wabak COVID-19, layarilah laman web https://www.outbreak.my/map untuk peta penularan.