The Invisible Man (2020) – Filem Psycho-Thriller yang Suspens

Sebebnarnya admin tidak berapa berminat untuk menonton filem The Invisible Man, tetapi setelah mendengar bahawa ia akan dimasukkan dalam Dark Universe (yang sepatutnya bermula dengan filem remake The Mummy, tetapi tidak mendapat sambutan) dan ia mendapat rating yang tinggi di Rotton Tomatos, admin tergerak untuk menonton juga filem ini di pawagam. Berikut merupakan komen admin mengenai filem ini.

The Invisible Man (2020) – Filem Psycho-Thriller yang Suspens

Filem The Invisible Man mengisahkan Cecila Kass yang lari dari tinggal bersama teman lelakinya yang abusif dan mengongkong. Tidak lama kemudian, dilaporkan bahawa teman lelakinya telah membunuh diri dan mewasiatkan hartanya kepada Cecilia.

Cecilia yang kini tinggal bersama kawannya yang mempunyai seorang anak perempuan, berasa lega dengan berita ini, tetapi berikutan berita itu, perkara yang pelik mula berlaku kepadanya. Apakah sebenarnya menyebabkan perkara aneh itu? Tonotonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Setelah menonton trailer filem The Invisible Man, perkara utama yang ingin saya tahu adalah adakah orang ghaib atau invisible man dalam filem ini berasaskan konsep supernatural atau hasil eksperimen saintifik seperti dalam filem The Invisible Man sebelum ini? Filem ini menjawab soalan tersebut dan sejujurnya admin agak kagum dengan apa yang dipaparkan dalam filem ini. Sejujurnya admin sudah bosan dengan filem seram bertemakan supernatural dan remake kali ini adalah sesuatu yang baharu.

Filem ini tidak membuang masa dengan menceritakan dengan mendalam masalah di antara Cecilia dan teman lelakinya. Cukup lah penonton mengetahui yang beliau seorang yang abusif dan mengongkong sehingga mendesak Cecilia melarikan diri dari rumah teman lelakinya itu.

Apa yang menonjol mengenai filem ini adalah suspensnya di mana dalam setiap babak suspens, anda tahu sesuatu yang akan berlaku, tetapi anda tidak tahu di mana, bagaimana dan bila. Pengarah juga bijak dengan tidak meletakkan The Invisible Man dalam setiap babak suspens. Ini menyebabkan penonton sukar meneka samada babak tersebut akan memberikan kejutan atau tidak, menambahkan lagi elemen suspens dalam filem ini.

The Invisible Man

Apa yang dilakukan the Invisible Man kepada Cecilia juga sangat memeningkan kepala dan membuatkan penonton naik gila memikirkan samada adakah ia perbuatan Invisible Man atau Cecilia sedang membayangkannya sahaja. Anda sebagai penonton akan merasakannya juga dan itu semestinya menjadikan filem ini lebih menarik.

Secara keseluruhan, filem ini memang suspen dan mencabar kewarasan penonton. Cuma mungkin kesudahannya boleh diagak dan tidak “living up to the suspense of the whole movie“. Maksud admin, keseluruhan filem ini suspens, namun kesudahannya yang boleh diagak agak merosakkan mood filem ini.

Namun, jika benar filem ini merupakan sebahagian dari Dark Universe, kita berkemungkinan besar akan melihat sebuah lagi filem Invisible Man di masa akan datang.

The Invisible Man

Positif vs Negatif

Positif

  • Suspens dan putaran plot yang berkesan
  • Lakonan pelakon utama yang memberangsangkan

Negatif

  • Kesudahan filem yang sedikit mengecewakan atau paling kurang tidak cukup dramatik

The Invisible Man

Kesimpulan

Secara keseluruhannya filem The Invisible Man ini bukan seperti menonton filem hantu, sebaliknya ia seperti menonton filem suspens seperti “A Quiet Place” di mana dalam filem hantu anda boleh mengagak bila hantu akan muncul dan mengejutkan penonton, tetapi dalam filem ini, semuanya sukar diagak. Apa pun, jika anda gemarkan filem seram, anda perlu menonton filem ini.

Penilaian

Jalan cerita – 8/10

Lakonan/Rekaan watak-watak –9/10

Nilai hiburan – 8/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

IMDB

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *