Rise To Power KL Gangster Underworld – Melebihi Jangkaan

Sebenarnya admin sangkakan iFlix adalah sama seperti Netflix dalam erti kata pengguna perlu bayar bulanan untuk melanggan perkhidmatan penstriman mereka. tetapi rupa-rupanya iFlix ni lebih mirip kepada aplikasi Viu di mana kalau nak tonton kandungannya, ada kandungan yang percuma dan ada kandungan premium berbayar. Kami dihubungi pihak iFlix baru-baru ini untuk review filem Rise To Power: KL Gangster Underworld. Filem ini disiarkan di iFlix and anda boleh tontonnya secara percuma. Berikut pendapat kami mengenai filem ini

Rise To Power KL Gangster Underworld – Melebihi Jangkaan

Rise To Power KL Gangster Underworld merupakan filem prequel kepada siri iFlix bertajuk KL Gangster Underworld. Ia adalah filem Originals iFlix dengan kerjasama antara iFlix dan Skop Productions. Kami tidak pasti kaitannya dengan filem KL Gangster 1 & 2 yang ditayangkan di pawagam, tetapi jika filem KL Gangster di pawagam itu arahan Syamsul Yusof, filem Rise To Power KL Gangster Underworld pula arahan adiknya Syafiq Yusof. Ia mengisahkan perebutan perngedaran arak di Lembah Klang antara kongsi-kongsi dan gangster di KL dan memaparkan bagaimana May Wong menghadapi rintangan untuk akhirnya menjadi “Ratu Bangsar” iaitu ketua kongsi gelap Bangsar.

Tontonlah keseluruhan filem ini secara percuma di iFlix.

Para pelakon filem Rise To Power KL Gangster Underworld di majlis pelancarannya baru-baru ini

Review

Sejujurnya bila admin dengar Skop Productions, admin teringat gerak khas, KL Gangster, dan pelbagai filem-filem aksi yang “tidak menepati citarasa” admin. Namun filem Rise To Power KL Gangster Underworld ini berlainan dari filem-filem Skop productions yang lain. Ya, ia masih lagi sebuah filem aksi, namun aksinya bukan fokus utama filem ini, sebaliknya plot dan teknik penceritaannya.

Jika anda biasa membaca ulasan admin mengenai filem Malaysia, kelemahan utama yang admin ketengahkan mengenai filem-filem tersebut adalah teknik penceritaan yang lemah sehingga memberi kesan kepada pembinaan watak serta menjadikan jalan cerita sukar difahami. Namun dalam filem ini, keseluruhan plot dan jalan ceritanya disusun dengan baik menjadikannya mudah difahami dan berkesan. Tiada lagi babak-babak yang kurang jelas, samar-samar atau langsung mengarut. Pengarah Syafiq Yusof sememangnya memfokuskan kepada skrip dan susunan babak yang mantap. Cuma jika dibandingkan di peringkat antarabangsa, mungkin plot ini telah banyak digunakan. Tapi apa pun, ia tetap membanggakan memandangkan melihat sebuah filem Malaysia yang dibikin dengan baik sekali.

Dari segi dialognya, walaupun bercampur bahasa Melayu, Kantonis dan Inggeris, skrip yang dibikin menggunakan bahasa natural bukan bahasa skema. Kiranya percakapan pelakon leh mirip percakapan sebenar di luar berbanding sekadar menghafal skrip. Walaubagaimanapun, diaolog filem ini becampur dalam bahasa Inggeris, Kantonis dan Melayu.

Tahap keganasan juga boleh tahan, walaupun darah-darah semasa pergaduhan dianimasikan menggunakan teknik animasi pasca-produksi. Tetapi itu boleh dimaafkan memandangkan aksi bukan fokus utama filem ini. Seni bela diri silat banyak diketengahkan dalam filem ini dan koreografinya boleh tahan juga bagusnya.

Malangnya admin belum menonton siri asal KL Gangster Underworld, jadi banyak perkara yang tidak dapat admin hargai kerana belum menonton siri asal. Siri tersebut juga boleh ditonton secara percuma di iFlix.

Positif vs Negatif

Positif

  • Plot dan jalan cerita disusun dengan baik dan mudah difahami.
  • Putaran plot yang agak berkesan
  • sinematografi terbaik.

Negatif

  • Plot yang biasa kita lihat dalam filem kongsi gelap Hong Kong
  • Ada babak-babak yang agak kontroversi, seperti pelakon Dynas berlakon minum arak.

Kesimpulan

Kesimpulannya, filem Rise To Power KL Gangster Underworld merupakan sebuah filem yang dibikin dengan baik. Walaupun plotnya biasa digunakan dalam filem kongsi gelap Hong Kong, namun ia tetap membanggakan melihat anak tempatan mampu menghasilkan filem yang sebaik ini. Mungkin plot yang lebih asli dan kreatif boleh difikirkan dalm filem-filem akan datang. Tontonlah filem ini di aplikasi iFlix di masa lapang. Lagipun menontonnya percuma sahaja.

Penilaian: 7/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *