Antarabangsa

Joker – Karya Agung Mengenai Kesihatan Mental

Dalam dua minggu ini filem Joker telah menerima pelbagai pujian terutamanya tepukan gemuruh diperolehinya pada acara tayangan perdananya. Ia juga telah mendapat pujian pelbagai pihak di Malaysia. Kami baru sahaja dapat menonton filem ini dan di sini kami ingin berkongsi pendapat kami mengenai filem ini.

Joker – Karya Agung Mengenai Kesihatan Mental

Filem Joker adalah pembikinan semula kisah Joker dari DC Comics dan kedudukan watak tersebut dalam dunia Batman dan bandar Gotham. Joker atau Arthur Fleck mempunyai kondisi di mana ia menyebabkan beliau ketawa tidak terkawal semasa dalam situasi beremosi. Bagaimanapun, ia bukan kondisi psikologi, sebaliknya kondisi neurologi akibat didera dan mengalami gegaran otak yang teruk semasa kecil. Ini menyebabkan beliau sering diejek dan dibuli oleh masyarakat sekeliling. Ketidakseimbangan kekayaan antara yang kaya dan miskin di bandar Gotham juga tidak membantu kerana semua orang dalam keadaan marah kerana masalah ekonomi.

Bagaimana Arthur mengharungi dunia tersebut? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahnnya.

Review

Pertama sekali filem Joker ini bukan seperti sebarang filem Joker atau Batman sebelum ini. Jika biasanya filem adiwira seperti ini lebih berasaskan komik, filem Joker kali ini lebih berasaskan realiti, secara spesifiknya realiti masalah penyakit mental, ketidakseimabangan ekonomi dan maslah buli di kalangan masyarakat. Sejujurnya admin memang suka filem macam ini dan admin kurang gemar filem atau siri TV yang telalu berasaskan komik dan menggunapakai idealisma komik kerana ia terlalu tidak realistik. Filem Joker ini berlainan sepenuhnya dari pendekatan biasa filem adiwira. Malah anda mungkin tidak terasa ia filem adiwira (musuh adiwira) pun kerana berasaskan pendekatan filem yang berdasarkan situasi yang  realistik.

Dari awal pengenalan Arthur Fleck sehingga beliau berubah menjadi Joker semuanya diceritakan dari sudut pandang yang psikologi dan kemasyarakatan yang realistik. Penonton sememangnya boleh “relate” atau menjiwai watak Arthur dan segala kepahitan yang dilaluinya. Cara penceritaan yang digunapakai dalam filem ini memang menyebabkan anda bersimpati dengan watak tersebut walaupun kita tahu beliau akan menjadi watak Joker satu masa nanti.

Joker

Awal-awal kami katakan, ini bukan sebuah filem aksi seperti semua filem DC, malah ia tidak banyak bercerita mengenai watak Joker itu sendiri sehingga babak-babak terakhir. Ia lebih kepada sebuah filem drama psikologi yang menceritakan situasi sosial, ekonomi dan psikologi yang membawa kepada evolusi Arthur kepada Joker. Anda perlu berada dalam mindset untuk menghayati emosi dan perasaan watak Arthur semasa menonton filem ini, jika tidak anda tidak akan dapat menghargai pengalaman menonton filem ini.

Kekuatan utama filem ini tentunya lakonan Joaquin Phoenix yang memang membawa watak Arthur yang mempunyai kondisi yang menyebabkan beliau disisih masyarakat. Ditambah pula dengan jalan cerita yang terbaik dan tidak tergesa-gesa dengan pembinaan watak Joker, maka terhasillah sebuah filem yang kami rasakan berpeluang mengenai Oscar, atau mungkin beberapa anugerah Oscar.

Kami tidak mahu mengeluarkan spoiler, jadi cukuplah  kami katakan ia sebuah filem yang layak mendapat anugerah Oscar.

Positif Vs Negatif

Positif

  • Lakonan mantap
  • Jalan cerita yang sememangnya masterpiece
  • Pendekatan realistik kepada jalan ceritanya

Negatif

  • Tiada perkara negetif dapat kami fikirkan selain jarak umur yang besar antara Bruce Wayne dan the Joker

Joker

Kesimpulan

Sukar untuk kami gambarkan kehebatan filem ini kepada anda melainkan anda tonton sendiri dan sukar untuk menggambarkan perasaan Arthur Fleck dengan perkataan. Anda perlu menonton sendiri filem ini. Tetapi jika anda mengharapkan aksi seperti filem Batman, sukar untuk anda menghargai filem ini.

Penilaian – 10/10

IMDB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Latest

To Top