Kisah Paling Gangster [Review]

Antara filem Melayu modern kegemaran saya termasuk Songlap, Setem dan juga Bunohan. Apabila menonton trailer Kisah Paling Gangster tempoh hari, saya melihat ia sebagai satu filem yang mempunyai tema berbeza daripada filem Melayu lain dan menarik minat saya untuk menonton dan review filem ini.

Kisah Paling Gangster

Kisah Paling Gangster [Review]

Shaheizy Sam memainkan watak Remy Asmara yang bekerja sebagai seorang paramedik. Suatu hari, rakan sekerjanya, Jimi mendapat panggilan kecemasan daripada rakan gengsternya yang dalam situasi merbahaya di mana kumpulan kongsi gelapnya sedang diserang kumpulan pesaing dan ketuanya parah ditembak.

Dipendekkan ceritanya, Remy telah menyelamatkan ketua kongsi gelap tersebut, Megat dan dia berasa terhutang budi dengannya dan menawarkan kerja dalam kumpulan tersebut. Dia menolak pada awalnya, namun akhirnya menerima jawatan itu. dan bermulalah kerjayanya sebagai seorang gangster.

Lakonan dan Jalan Cerita

Lakonan watak utama Shaheizy Sam dan Megat sememangnya tidak dapat dinafikan kehebatannya. Mereka pun sememangnya pelakon yang boleh dikira berpengalaman dalam bidang lakonan. Namun watak-watak tambahan dalam filem ini boleh dipertikaikan mutu lakonannya. Tetapi walaupun mutu lakonannya dipertikaikan, ia boleh dimaafkan kerana watak dimainkan mereka hanya kecil.

Skrip filem ini boleh diperbaiki lagi. Ia masih belum mencapai tahap yang memberikan kesan mendalam kepada penonton, sesetengah dialog kelihatan jelas sekali seperti lakonan kerana kurang realistik. Namun, saya sendiri pernah menulis skrip rancangan TV, jadi saya memahami cabaran dalam penulisan skrip ini.

Jalan ceritanya agak unik. Filem ini sebenarnya bermula di tengah-tengah kisah filem ini. Filem ini bermula dengan Remy menceritakan apa yang berlaku sebelum dia sampai ke situasi yang dipaparkan pada permulaan filem tersebut. Cara penceritaan ini agak kreatif dan menjadi. Walaupun ianya bukan satu teknik penceritaan yang baru, namun ia pertama kali saya lihat dalam sebuah filem Melayu.

Filem ini membawa penonton menyelami dilema dan rintangan yang dihadapi Remy dalam membuat pilihan menjadi gangster secara paksa rela. Ia satu tema baru dalam filem Melayu, walaubagaimanapun, secara keseluruhannya, jalan cerita filem ini dilihat mendapat ilham daripada jalan cerita sebuah filem Korea atau Hong Kong. Aksi-aksi yang ditampilkan agak hebat juga dengan banyak babak-babak tembak-menembah dan berlawan.

1

Produksi

Produksi filem ini juga tidak kuran hebatnya. Walaupun tidaklah sebesar KL Gangster atau filem aksi negara lain, ia boleh diberi pujian kerana usaha yang baik. Ia menampilkan aksi-aksi tembak-menembak, lawan-melawan dan kejar mengejar menggunakan kereta. Props yang digunakan juga bukan calang-calang. Pistol dan machine gun yang digunakan kelihatan realistik, begitu juga dengan kesan tembak menembak, yang walaupun tidak sempurna, masih boleh diberi pujian.

Kesimpulan

Filem Kisah Paling Gangster bukanlah satu filem yang sempurna, namun usaha kearah membikin sebuah filem aksi Melayu yang mempunyai jalan cerita yang baik harus dipuji. Ia sebuah filem yang baik, namun belum lagi mencapai tahap “piawaian” antarabangsa. Bagi peminat filem Melayu, filem ini wajib ditonton dan bagi pengkritik filem Melayu, cubalah dapatkan tiket early bird RM7 (sebelum pukul 12pm) di TGV, dan cuba lihat sejauh mana filem Melayu telah maju sejak zaman filem Sembilu.

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *