Tayangan Filem Baru Minggu Ini [28 Nov 2013]

Bagi anda yang tidak sabar untuk sampai ke hujung minggu, berikut adalah senarai tayangan filem baru untuk minggu ini bagi memudahkan anda merancang filem yang ingin ditonton dengan rakan atau keluarga anda.

Tayangan Filem Baru Minggu Ini [28 Nov 2013]

Tayangan FIlem Baru

Homefront (Inggeris)

Genre : Aksi

Sinopsis :

Filem ini mengisahkan seorang agen penyamar DEA yang ditugaskan di sebuah pekan kecil di mana tidak lama kemudian, beliau diganggu ketua pengedar dadah di kawasan itu yang mengambil tindakan menculik anaknya.

ustaz_mu_tunggu_aku_datang_328x494_th1

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang (Melayu)

Genre : Komedi

Sinopsis :

Dadu dan Muiz merupakan dua kawan yang bermasalah dan kehilangan kerja mereka akibat sikap mereka yang teruk. Sepupu Dadu yang telah “berhijrah” berdakwah kepada mereka dengan menunjukkan mereka CD ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dadu dan Muiz kemudian bertekad untuk menghadiri ceramah Ustaz itu dengan menggunakan motosikal dan apa jua cara yang boleh. Di sinilah kisah bermula.

frozen_new2_984x1482_th1

Frozen (Inggeris/Melayu)

Genre : Animasi

Sinopsis :

Anna dan Kristoff bersama-sama rusanya yang setia, Sven, memulakan pengembaraan untuk mencari kakak Anna bernama Elsa yang mempunyai kuasa ais yang telah menyebabkan negara Arendelle terperangkap dalam musim sejuk untuk selamanya. mereka berusaha mengatasi pelbagai rintangan untuk menyelamatkan negara tersebut.

bullett_raja_1482x984_th1

Bullet Raja (Hindi)

Genre : Aksi / Drama / Romantik

Sinopsis :

Mengisah seorang lelaki biasa, Raja Mishra, yang bertukar menjadi gangster di tanah air Hindi. Terperangkap dalam “sistem”, hidupnya bertukar setelah bangkit menentang gabungan Polis, kerajaan dan industrialis. Dalam proses ini beliau dianggap penjenayah dan ditentang semula oleh gabungan pihak berkuasa tersebut yang mahu mengekalkan kuasa, wang dan kepentingan peribadi.

penanggal_1482x984_th1

Penanggal (Melayu)

Genre : Seram

Sinopsis :

Kisah bermula pada tahun 1930an di mana Murni secara tidak sedar telah mewarisi kuasa berhantu Mak Ajeng yang menakutkan penduduk Kampung Jawa, menyebabkannya terpaksa melarikan diri. Ditindas oleh penduduk kampung kerana kuasa berhantunya itu, beliau diselamatkan oleh Syed Yusof semasa melarikan diri.

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *