Homefront [Review]

Nama Jason Statham memang sinonim dengan filem aksi dan berlawan yang hebat. Kemunculannya di dalam filem Homefront atau mana-mana filem seolah-olah satu petunjuk bahawa filem tersebut pasti menampilkan aksi-aksi dan babak lawan yang hebat.

Homefront

Homefront [Review]

Homefront merupakan sebuah filem aksi yang mengisahkan Agen Broker, seorang agen undecover untuk DEA di Amerka. Setelah menyelesaikan satu kes besar dia merancang untuk berpindah ke pekan kecil dengan anak perempuannya untuk hidup dengan keadaan serba ringkas dan tengang.

Kehidupan pada mulanya sukar kerana berlaku perselisihan fahan dengan orang tempatan. Namun paling teruk ialah apabila masalah yang dahulu telah selesai telah kembali untuk menghantui mereka. Bagaimanakah mereka melalui keadaan bergolak itu? Tontonilah filem ini di pawagam.

Lakonan dan Jalan Cerita

Jalan cerita filem ini agak mudah difahami dan straight forward, namun tidaklah terlampau mudah sehingga membosankan. Malah perkembangan jalan ceritanya cukup baik untuk menjadikan filem ini mendebarkan dan menyebabkan penonton sentiasa terhibur serta sentiasa ternanti-nanti apa yang akan berlaku seterusnya. Ia juga tiada babak-babak yang tidak penting yang membazirkan waktu. Semua babak-babaknya disusun secara baik dan bersinambung.

Jason-Statham-James-Franco-and-Winona-Ryder-in-Homefront-2013-Movie-Image

Bagi yang biasa menonton filem Jason Statham tentu mengetahui filem beliau tentu penuh dengan aksi lawan yang mendebarkan. Filem ini tidak terkecuali. Seperti biasa tiada siapa boleh manandingi kehebatan seni mempertahankan diri Jason Statham, walaupun pada mulanya mereka dapat melemahkannya sedikit.

Kesimpulan

Filem Homefront merupakan satu filem aksi yang mendebarkan. Walaupun it tidak akan memenangi apa-apa anugerah Oscar, ia sesuai ditonton sebagai aktiviti melepaskan tekanan di hujung minggu. Jalan ceritanya mudah difahami dan tiada babak-babak membazir yang mengganggu perjalanan ceritanya.  Filem ini direkomen kepada penggemar filem aksi dan mereka yang ingin melepaskan stress di hunjung minggu.

IMDB

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *