Hunger Games : Catching Fire merupakan siri kedua dalam francais Hunger Games yang dibikin berdasarkan novel Hunger Games tulisan Suzanne Collins. Ia mengisahkan situasi selepas kemenangan Katness dan Peeta dalam Hunger Games ke 74 yang lalu.
Hunger Games : Catching Fire [Review]
Setelah memenangi Hunger Games, Katness dan Peeta dibawa menjelajah ke semua daerah di Panem sebagai jelajah kemenangan mereka. Rakyat yang melihat Katness dan Peeta sebagai simbol bantahan kepada kerajaan telah membangkitkan semangat membrontak untuk menentang kerajaan dikalangan penduduk di semua daerah.
Sebagai tindakbalas, presiden Panem mengadakan edisi khas Hunger Games ke 75 di mana pemengang dari Hunger Games terdahulu akan bertarung untuk mencari pemenang. Namun adakah benar pertarungan kali ini adil? Sama-samalah menonton filem ini di panggung,
Jalan Cerita dan Lakonan
Walaupun warak-watak dalam filem ini kadang-kala pelik, namun tiada masalah dengan lakonan watak-wataknya. Semuanya di tahap yang diharapkan daripada pelakon Holywood. Kali ini watak Peeta dan Katness semakin intim walaupun pada awalnya mereka hanya berpura-pura bercinta. Watak baru Finnick juga diperkenalkan sebagai salah seorang yang rapat dengan watak-watak utama.
Finnick
Namun jalan ceritanya mungkin menjadi isu. Jalan cerita kali ini lebih sofistikated dari filem pertama. Penonton perlu menumpukan perhatian dan sentiasa tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya, siapakah sebenarnya jahat dan siapakah yang bleh dipercayai. Dari segi itu, ia lebih baik dari filem pertama.
Tetapi disebabkan jalan cerita yang lebih sofistikated ini, jalan ceritanya berkembang dengan lebih perlahan sehingga anda boleh tertidur di sesetengah babak. Walaubagaimanapun, semuanya berubah menjadi lebih menarik apabila Hunger Games ke 75 bermula dan di situlah segala permainan psikologi bermula. Katness tidak mempercayai antara satu dengan yang lain, walaupun semuanya sebenarnya tidak mahu menyertai hunger games.
Akhirnya, filem in tamat dengan penamatan yang agak tidak disangkakan dan menjadi asas kepada filem yang akan datang dalam siri filem Hunger Games.
Kesimpulan
Siri kedua filem Hunger Games ini mempunyai jalan cerita yang lebih sofistikated dari yang pertama, namun ia berkembang dengan agak perlahan menyebabkan ia menjadi agak membosankan pada separuh pertama filem ini. Separuh kedua filem ini lebih menarik, dengan aksi perlawanan dan pengakhiran yang mengejutkan.
Walaupun kehebatan filem ini boleh dipersoalkan, ia penting untuk ditonton kerana ia menjadi asas kepada filem Hunger Games berikutnya.