Tayangan Filem Baru Minggu Ini [21 Nov 2013]

Bagi anda yang tidak sabar untuk sampai ke hujung minggu, berikut adalah senarai tayangan filem baru untuk minggu ini bagi memudahkan anda merancang filem yang ingin ditonton dengan rakan atau keluarga anda.

Tayangan Filem Baru Minggu Ini [21 Nov 2013]

filem baruThe Hunger Games : Catching Fire (Inggeris)

Genre : Aksi / Pengembaraan /Sci-Fi

Selepas memenangi Hunger Games ke 74, Katniss dan Peeta pulang ke District 12 di daerah Panem. Mereka dijadualkan membuat lawatan kemenangan ke seluruh Panem. PErasaan mereka bercampur baur kerana dilihat seperti bercinta dalam perlawanan Hunger Games ke 74, namun ia tidak benar.

Sementara itu, pemberontakan berlaku di Panem semakan meruncing. Presiden Snow mengumumkan Hunger Games ke 75 adalah lebih istimewa, di mana semua pesarta diambil dari peserta sebelumnya yang telah memenangi Hunger Games edisi terdahulu.

kisah_paling_gangster_984x1482_th1

Kisah Paling Gangster (Melayu)

Genre : Aksi / drama

Sinopsis :

Kisah Paling Gangster menceritakan kisah seorang paramedik, lakonan Shaheizy Sam, yang sentiasa dalam nasib malang dan miskin. Satu hari dia terjebak dengan aktiviti gangster setelah menyelamatkan ketua kumpulan gangster dari kejadian tembak menembak.

boty_1482x984_th1

Battle of The Year (Inggeris)

Genre : Aksi / Muzikal

Sinopsis :

Filem in menceritakan mengenai sebuah kumpulan tarian B-Boys atau Breakdancing dari Amerika yang berusaha dan bersaing dengan 18 negara untuk memenangi gelaran Juara Dunia. Ia memaparkan pelbagai gerak tari yang bertenaga dan menakjubkan menunjukkan betapa seni tarian jalanan telah berkembang menjadi seni tarian yang menjadi inspirasi remaja di seluruh dunia.

kick_ass_girls_1_984x1482_th1

Kick Ass Girls (Kantonis)

Genre : Aksi / Komedi

Sinopsis :

Bao pernah menguruskan gimnasium tinju dengan rakan baiknya TT, tetapi mereka berpisah selepas bergaduh kerana seorang lelaki. Bao kemudian mengupah Miu yang tiada tempat tinggal, yang telah dihalau keluar oleh teman lelakinya, dan memperkenalkan ‘hostes cukup untuk tinju’ pertama , yang bertujuan untuk meningkatkan perhatian di kalangan pelanggan lelaki. Marah, TT tiba untuk memporak-perandakan di gimnasium tinju itu. Seorang wanita misteri bernama Zhu Ge pula muncul, dengan harapan untuk mencari beberapa pengawal peribadi wanita untuk menemani beliau ke Malaysia, tetapi itu bukan satu-satunya tujuan beliau …

hantu_tok_mudim_new_656x988_th1

Hantu Tok Mudim (Melayu)

Genre : Seram / Komedi

Sinopsis :

Keadaan menjadi huru-hara apabila seorang Tok Mudim terkenal meninggal dunia dan menghantui kanak-kanak yang berlu berkhatan di Kampung Seri Menawan.

that_girl_in_pinafore_492x741_th1

That Girl In Pinafore (Mandarin / Inggeris / Melayu)

Genre : Drama

Sebuah kisah mengenai sekumpulan sahabat yang ingin menjadi ahli muzik sekitar tahun 1993 dan ingin mempelopori industri musik tempatan di Singapura. Ia membawa persoalan patutkah anda mengikut kehendak hati atau berfikiran logik dalam menempuhi hidup?

, , ,

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *