Sebelum ini admin pernah memaklumkan anda bahawa admin mendapat 1 tahun langganan percuma Apple TV+ setelah membeli laptop Apple baharu. Selepas “For All Man Kind” admin kini menonton pula drama komedi Ted Lasso setelah lama berdolah-dalih. Admin baru sahaja habis menonton musim pertama. Berikut merupakan pendapat admin mengenainya.
Ted Lasso – Drama Komedi yang Menghiburkan [Review]
Ted Lasso mengisahkan seorang jurulatih bola sepak Amerika yang diupah oleh sebuah pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris bernama AFC Richmond yang sedang bergelut dan berdepan relegasi ke liga peringkat bawahan jika gagal meningkatkan prestasinya. Beliau yang langsung tidak tahu mengenai bola sepak biasa, begaimanapun mempunyai atitud yang positif dan ceria serta berfikiran di luar kotak.
Walaubagaimanapun tanpa pengetahuannya, pemilik baru pasukan tersebut Rebecca Welton sebenarnya mengupahnya supaya pasukan miliknya gagal. Beliau sebenarnya ingin membalas dendam kepada bekas suaminya dengan menggalkan pasukan bola sepak yang sebelum itu miliknya.
Adakah Ted Lasso dapat membangkitkan prestasi pasukan tersebut? Tontonlah siri TV ini di Apple TV+ untuk mengetahui kesudahannya.
Ted Lasso – Drama Komedi yang Menghiburkan [Review]
Sepintas lalu, dari episod pertama lagi siri TV ini memang berjaya menghiburkan admin. Lawak yang ditampilkannya sangat jujur dan tidak klise. Ia jelas sekali mennunjukkan perbezaan antara budaya orang British dengan orang Amerika. Orang British lebih bersifat heirarki dan pesimistik, manakala orang Amerika lebih berfikir di luar kotak dan optimistik berbanding orang British. Oleh kerana itu cara pengurusan Ted Lasso memang luar dari jangkaan semua orang, terutamanya ahli pasukannya.
Apa yang admin suka mengenai siri ini adalah watak-wataknya yang mempunyai pelbagai karenah dan ragam masing-masing. Lawak jenakannya juga santai dan tidak “tryhard“, menjadikan menontonannya sangat “chill“. Di samping itu siri Ted Lasso bukan hanya lawak semata-mata, malah ia memberi banyak pengajaran mengenai kehidupan berpasukan dan juga kehidupan peribadi serta kepentingan untuk percaya kepada kemampuan diri.
Namun, apa yang sedikit mengecewakan ialah siri ini tidak memperlihatkan banyak babak-babak atas padang semasa perlawanan. Ia lebih menceritakan apa yang berlaku di luar padang, bagaimana Ted Lasso menguruskan hubungannya dengan bos, pihak media yang tidak berhati perut, peminat yang skeptik, pemain bermasalah, serta bagaimana Ted Lasso membina keyakinan pasukan itu untuk mara ke hadapan. Satu-satunya babak atas padang yang panjang adalah semasa pasukan AFC Richmond melawan Manchaster City di episod terakhir. Itu pun agak pendek.
Apapun, secara keseluruhan, siri Ted Lasso memang sebuah siri Apple TV+ yang sangat menghiburkan. Admin tidak sabar untuk menonton musim kedua yang sudahpun diterbitkan. Admin merekomen anda menontonnya jika anda mempunyai akses kepada Apple TV+. Ia sesuai ditonton oleh peminat bola sepak EPL mahupun yang bukan peminat.
Positif vs Negatif
Positif
- Sangat menghiburkan
- Watak-watak yang pelbagai dan menarik
- Di sebalik lawak jenaka ada pengajaran
Negatif
- Tidak mempunyai banya babak atas padang dalam perlawanan bola sepak.
Penilaian
Jalan cerita – 7/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10
Nilai hiburan – 9/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10