Fear Street Part 3 1666 – Pengakhiran Kisah Puaka Merentasi Zaman [Review]

Kini telah tiba masa yang dinanti, iaitu episod filem pengakhiran siri filem Fear Street bertajuk Fear Street Part 3 1666 yang baru mula ditayangkan semalam. Admin berkesempatan menontonnya dan berikut merupakan pendapat admin mengenainya.

Fear Street Part 3 1666
FEAR STREET PART 3: 1666 (Kiri ke kanan) EMILY RUDD sebagai ABIGAIL dan JULIA REHWALD sebagai LIZZIE. NETFLIX © 2021

Fear Street Part 3 1666 – Pengakhiran Kisah Puaka Merentasi Zaman [Review]

Fear Street Part 3 1666 merupakan episod terakhir dalam siri filem Fear Street di mana ia menceritakan kisah sebenar apa yang terjadi kepada Sarah Fier pada tahun 1666 yang dituduh sebagai seorang pengamal ilmu sihir.

Dalam penghujung bahagian 2, Deena telah mendapat bayangan pengalaman hidup Sarah Fier setelah berjaya menyatukan tulang tangan dan badan Sarah Fier yang dijumpai pada tahun 1994. Bahagian 3 menceritakan kisahnya. Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

FEAR STREET PART 3: 1666 (Kiri ke kanan) KIANA MADEIRA sebagai SARAH FIER dan OLIVIA SCOTT WELCH sebagai HANNAH MILLER. NETFLIX © 2021

Review

Sejujurnya apabila admin menonton penghujung bahagian kedua Fear Street di mana Deena mendapat bayangan kehidupan Sarah Fier dari mata kepala Sarah Fier sendiri, admin sudah boleh mengagak jalan cerita bahagian ketiga ini. Cuma admin tidak dapat bayangkan siapa orang jahat yang sebenar. Apa pun, admin tidak mahu memberi spoiler mengenai bahagian 3.

Secara keseluruhan misteri dan sebab-sebab di sebalik pembunuhan di Shadyside akan terbongkar dalam filem ini dan penjelasannya masuk akal. Putaran plotnya juga agak tidak disangka tetapi seperti admin katakan, masuk akal. Oleh sebab itu admin merasakan penutup kepada siri filem ini kiranya memberi penutup yang jelas kepada misteri Sarah Fier. Tetapi adakah ia berakhir di situ? Jangan lupa untuk tonton babak pasca kredit.

Namun, setelah menonton keseluruhan siri filem ini, satu isu yang tidak dapat lari dari minda anda adalah, filem ini secara halus mempromosikan normalisasi hubungan sesama jenis di mana ia memperlihatkan hubungan intim di antara dua watak utamanya. Keseluruhan kisahnya bukan mengenai LGBT, namun ia diperlihatkan sebagai sebab kenapa Sarah Fier dituduh sebagai pengamal ilmu sihir pada zamannya. Admin hanya nak beritahu awal-awal supaya anda sedar mengenai isu ini dalam siri filem Fear Street.

Admin ingat dulu ada sebuah filem Disney (rasanya filem live action Beauty and the Beast) yang menjadi kontroversi besar di Malaysia hanya kerana memaparkan adegan LGBT yang kurang jelas. Tetapi filem-filem Fear Street memaparkan aksi panas sesama jantina, tetapi tidak pula menjadi kontroversi. Zaman dah berubah nampaknya.

Apa pun, jika diendahkan bahagian berkenaan, dari segi jalan cerita, Fear Street Part 3 1666 adalah penutup yang baik kepada siri filem Fear Street dan sesiapa yang mengikuti filem-filemnya akan berpuas hati dengan pengakhirannya.

Fear Street Part 3 1666

Positif vs Negatif

  • Jalan cerita yang menarik dan masuk akal
  • Lakonan yang mantap dari para pelakon
  • Produksi yang baik

Negatif

  • Unsur promosi LGBT yang terang-terang.
  • Bagi mereka yang mengharapkan jalan cerita yang lebih matang, filem ini bukan untuk anda

Fear Street Part 3 1666

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *