Jika minggu lepas admin mengulas Fear Street part 1 1994, kini admin menyambung ulasan untuk Fear Street Part 2 1978 pula. Ia merupakan sambungan terus dari bahagian pertama dan bersambung di mana bahagian pertama tamat. Berikut pendapat admin mengenainya.
Fear Street Part 2 1978 – Menghubungkan antara kisah silam dan kini [Review]
Fear Street Part 2 1978 menyambung kisah bahagian pertama Fear Street di mana Deena dan Josh membawa Sam berjumpa dengan C Berman, mangsa penting kejadian Nightwing Massacre yang berlaku pada tahun 1978 yang masih hidup. C Berman menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di Camp Nightwing pada malam kejadian. Bahagian kedua Fear Street ini memfokuskan kepada kejadian tersebut dan bagaimana ia berkait dengan apa yang berlaku kepada Deena dan rakan-rakannya.
Untuk mengetahui kesudahannya, tontonlah filem ini di Netflix.
Review
Jika bahagian pertama Fear Street admin kategorikannya sebagai filem seram remaja, Fear Streen Part 2 1978 admin tidak pasti samda ia patut dikategorikan sebagai filem seram remaja atau tidak, walaupun persekitaran Camp Nightwing adalah persekitaran remaja dan kanak-kanak. Ini kerana walaupun ia taklah begitu seram, tahap “blood and gore” dan adegan panasnya agak keterlaluan untuk sebuah filem seram remaja. Sudahlah ia menampilkan pembunuhan kejam kanak-kanak bawah umur, ia menggambarkannya dengan begitu ganas sekali. Adegan panasnya pula agak explicit dan menampakkan dengan jelas, adegan yang tidak sepatutnya ditonton golongan 18 tahun ke bawah. Admin beri amaran awal supaya anda berhati-hati membenarkan anak-anak anda menonton.
Berbalik kepada review, jika dibandingkan dengan filem pertama, bahagian kedua Fear Street ini lebih kurang sama tema keseluruhannya dan look and feelnya lebih kurang sama dengan filem pertama, cuma ia lebih ganas dan lucah berbanding filem pertama. Aliran jalan ceritanya jelas dan menjawab persoalan yang timbul dalam bahagian peratama Fear Street. Seperti filem pertama juga, ia juga mempunyai vibe yang santai dan tidak terlalu serius.
Paling utama dalam bahagian kedua ini adalah ia menjawab persoalan siapakah dia Will Goode dan mengapa dia berperangai seperti itu. Dalam filem pertama pada tahun 1994, beliau adalah ketua polis bandar Shadyside, tetapi wataknya tidak begitu terdedah. Tetapi dalam bahagian kedua ini, kita dapat melihat siapa Will Goode semasa beliau seorang remaja dan salah seorang mangsa yang berada di Camp Nightwing yang banyak disebut dalam bahagian pertama Fear Street. Namun jangan terlalu “tersangkut” dengan mana-mana watak kerana beliau mungkin dimatikan dengan mengejut.
Secara keseluruhannya, filem Fear Street Part 2 1978 merupakan satu sekuel yang memang berbaloi ditonton, jika anda menyukai filem pertama. Penghujung filem ini juga akan memberikan prebiu kepada bahagian ketiga Fear Street. Memang tak sabar nak tengok.
Positif vs Negatif
Positif
- Jalan cerita yang jelas dan mudah difahami
- Tidak bergantung kepada babak terkejut untuk menakutkan penonton
- Kesinambungan yang baik dari filem pertama dan prebiu kepada filem ketiga.
Negatif
- Keganasan dan kelucahan yang agak melampau untuk filem remaja.
Penilaian
Jalan cerita – 8/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 8/10
Nilai hiburan – 8/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10