Resident Evil Infinite Darkness – Anime RE Yang Tipikal [Review]

Sehingga hari ini telah ada 4 filem berlainan dalam siri filem anime CGI Resident Evil dan Resident Evil Infinite Darkness adalah filem keempat. Admin memanggilnya filem walaupun ia siri 4 episod kerana pada admin jelas sekali ia sebuah filem 2 jam yang dibahagikan kepada 4 episod 30 minit. Apa pun, dengan menggunakan format episod, sekurang-kurangnya penonton tidak terikat selama 2 jam di depan kaca TV mereka. berikut adalah pendapat admin mengenai siri Netflix ini.

Resident Evil Infinite Darkness – Anime RE Yang Tipikal [Review]

Pada tahun 2000, perang saudara berlaku di sebuah negara Panamstan yang bersempadan dengan China. Perang saudara ini melibatkan satu misi yang dijalankan unit rahsia tentera Amerika yang membabitkan zombie. Kini, pada tahun 2006, Maddog yang mengetuai satu pasukan lain yang berkhidmat dalam peperangan tersebut kini mengalami trauma dengan pengalamannya dalam perang tesebut. Tetapi kini beliau bekerja sebagai agen rahsia di bawah presiden Amerika.

Kini Maddog dan rakan sekerjanya Shen May ditugaskan bersama Leon Kennedy ditugaskan menyiasat beberpa kejadian serangan ke atas White House. Siapakah yang di sebalik serangan tersebut? Tontonlah siri anime ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sebenarnya tidak banyak yang admin boleh komen mengenai siri anime CGI ini. Kepada anda yang biasa menonton filem-filem anime Resident Evil sebelum ini, anda tentu boleh menjangkakan jalan cerita filem ini kerana secara keseluruhannya, Resident Evil Infinite Darkness mengikut formula yang sama dengan filem-filem sebelum ini. Jalan cerita yang sederhana sahaja, sedikit aksi dan CGI yang hebat. Tetapi mujurlah filem-filem anime CGI Resident Evil tidak berkait antara satu sama lain, jadi anda boleh menonton satu filem anime tanpa perlu mengaitkannya dengan filem sebelumnya.

Pada pendapat admin mungkin itulah masalahnya dengan filem anime CGI Resident Evil, ia tidak mempunyai hala tuju jangka panjang. Adakah Umbrella Corporation atau TriCell akan dikalahkan pada akhirnya? Format filem standalone memang OK untuk jangkamasa pendek, namun penonton tidak akan teruja untuk menunggu filem seterusnya kerana tiada kesinambungan dalam jalan ceritanya.

Tapi apa yang penonton boleh nilai berkenaan setiap filem anime CGI Resident Evil adalah mutu CGI yang digunapakai. Netflix telah memasukkan keseluruhan siri filem anime CGI ke dalam pustaka Netflix, jadi anda boleh menonton semua filemnya dan membuat perbandingan mutu CGI hasil dari peningkatan teknologi animasi semasa. Jika anda lihat mutu animasi CGI dalam filem pertama (RE Degeneration), ia jauh berbeza dari yang kedua (Damnation) dan seterusnya. Dalam siri ini, CGInya juga telah ditambahbaik terutamanya dari segi tekstur kulit, pencahayaan dan perincian kecil seperti pergerakan rambut ditiup angin dsb. Namun, sesetengah pergerakan karakternya kadang-kala nampak janggal dan agak kurang realistik. Mungkin sedikit masalah dengan motion capture atau mungkin ia tidak menggunakan motion capture.

Resident Evil Infinite Darkness

Tetapi sungguhpun jalan cerita filem-filem anime CGI ini sangat average, sesetengahnya mempunyai babak aksi yang boleh dikatakan ikonik. Jika dalam filem RE Damnation pertempuran dengan dua raksasa di penghujung filem adalah babak ikoniknya dan babak “John Wick” adalah babak ikonik dalam RE Vendetta, dalam Resident Evil Infinite Darkness, malangnya, tiada babak yang ikonik seperti dua filem sebelumnya. Admin kecewa di situ.

Apa pun, secara kesimpulannya, siri anime Resident Evil Infinite Darkness adalah sebuah filem yang biasa sahaja. Bagi peminat Resident Evil, ia perlu ditonton anda, tetapi jika anda bukan peminat, anda mungkin tidak akan meletakkan siri ini dalam tempat teratas senarai tontonan anda.

Resident Evil Infinite Darkness

Positif vs Negatif

Positif

  • CGI yang baik
  • Jalan cerita yang mudah difahami

Negatif

  • Jalan cerita yang mudah dijangka dan klise
  • Babak aksi yang tidak begitu memberangsangkan

Resident Evil Infinite Darkness

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 6/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *