Admin sebenarnya tidak berapa dalam mood untuk menonton Netflix hujung minggu ini memandangkan admin sedang menunggu siri Resident Evil Infinate Darkness untuk memulakan tayangan. Namun admin tertenton Zhaf Blog / Pure Pixels di Youtube di mana beliau menemuramah pelakon dalam filem baru Fear Street Part 1 : 1994 yang dipromosikan di Netflix. Tanpa befikir panjang, admin pun menonton filem tersebut untuk mengetahui apakah filem ini bagus untuk ditonton atau tidak.

Fear Street Part 1 : 1994 – Filem Seram Remaja yang Klise [Review]
Fear Street Part 1 : 1994 adalah filem pertama dalam trilogi Fear Street mengisahkan beberapa siri kejadian pembunuhan yang berlaku di sebuah bandar bernama Shadytown yang beerunsurkan kuasa mistik yang telah menyelubungi bandar tersebut berabad lamanya.
Sekumpulan rakan remaja yang terperangkap dalam misteri ini tampil untuk menyiasatnya setelah rakan mereka mula dikejar pembunuh-pembunuh ghaib yang mempunyai kaitan dengan siri pembunuhan yang terjadi di bandar itu. Apakah mereka dapat menyelamatkan keadaan? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Tema retro 80/90an sedang menjadi tren dalam filem-filem Holywood masa kini dan filem ini tidak terlepas dari trand ini. Ia menampilkan tahun 1994 sebagai latarbelakang untuk menceritakan kisah seram ini. Namun, walaupun dengan props seperti komputer, kereta dan sebagainya, filem ini tidak berjaya membangkitkan perasaan era 90an itu, tetapi admin tidak pasti kenapa. Sebagai seorang yang membesar dalam tahun 90 an, admin rasa mungkin jalan ceritanya agak generik dan tidak menampilkan sebarang elemen yang boleh mengidentifikasikannya sebagai filem bertemakan tahun 90an. Sebagai contoh, jika filem ini tidak menampilkan props tahun 90an, tiada seorang pun akan dapat meneka kejadian dalam filem ini berlaku dalam tahun 1994.

Pandangan pertama admin kepada filem ini ialah ia sebuah filem seram remaja yang agak tipikal. Bukan admin mengatakan ia tidak baik. Sebaliknya ia dibikin dengan baik, sinematografinya baik, lakonan dan props juga baik. Namun, plotnya tipikal, jalan ceritanya sangat boleh dijangka, dan babak-babak seramnya sangat klise. Malah putaran plot (plot twist) di penghujungnya juga klise. Sungguhpun demikian, dari segi elemen hiburan, ia agak menghiburkan jika kena kepada penonton sasarannya.
Filem ini disasarkan lebih kepada golongan remaja, namun kerana ia disasarkan kepada remaja lah ia juga menampilkan mesej LGBT di mana dua watak utamanya adalah lesbian. Malah ada babak panas antara watak-watak utamanya. Admin hanya ingin memberi notifikasi awal mengenainya supaya anda tahu. Selain dari itu, ia seperti kebanyakan filem remaja yang menampilkan semangant persahabatan pengembaraan dan kerjasama berpasukan.
Kesimpulannya, filem ini adalah sebuah filem santai. Walaupun ia sebuah filem genre seram, ia tidaklah seram mana, ia agak menghiburkan dan boleh menghiburkan hari anda. Admin menanti juga sambungan filem ini yang akan ditayangkan pada 9 Julai ini.
Positif vs Negatif
Positif
- Menghiburkan
- Di bikin dengan baik dari segi visualnya.
Negatif
- Plot dan jalan cerita boleh dijangka dan klise.
- Misterinya tidak mendalam dan mudah diteka.
Penilaian
Jalan cerita – 6/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10
Nilai hiburan – 7/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10