The Woman in the Window telah berada di senarai main admin sejak beberapa minggu lalu namun hanya semalam admin akhirnya mempunyai mood untuk menontonnya. Admin tahu ia sebuah filem thriler. Oleh sebab itulah ia mengambil masa yang lama untuk mencari masa untuk menontonnya. Berikut adalah pendapat admin mengenai filem ini.
The Woman In The Window – Thriller Psikologi yang Dramatik [Review]
The Woman in the Window mengisahkan Dr Anna Fox yang mengalami tekanan psikologi yang menyebabkan beliau fobia untuk keluar rumah. Beliau juga mempunyai masalah ketagihan alkohol. Oleh itu beliau hanya menghabiskan masa di rumah, malah doktor psikologi yang memberi nasihat kepadanya terpaksa datang ke rumah untuk sesi perkongsian.
Suatu hari, satu keluarga baru berpindah ke rumah dihadapan rumah Dr Anna. Anak remaja lelaki keluarga itu, bernama Ethan, datang berkenalan dengan Dr Anna. Lama kelamaan Dr Anna mula mengesyaki beliau didera bapanya, Alistair dan berasa curiga dengan bapanya itu. Dia pun mula “mengintip” rumah jirannya itu dengan kamera untuk memantau apa yang berlaku di rumah mereka.
Suatu hari yang lain, seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Jane Russel, ibu kepada Ethan telah datang ke rumah Dr Anna. Mereka berkenalan dan mendapati mereka sangat serasi sebagai kawan. Namun satu malam, semasa “mengintip” beliau ternampak seseorang membunuh Jane Russel. Beliau ingin pergi menyelamatkannya, tetapi selepas melintas jalan, beliau hampir dilanggar kereta dan pengsan. Beliau tersedar di rumahnya ditemani anggota polis dan keluarga Ethan.
Anehnya Jane Russel yang beliau kenali tidak sama dengan orang yang Alister perkenalkan sebagai isterinya. Ini menyebabkan Dr Anna keliru tentang apa sebenarnya telah berlaku? Adakah benar beliau berkenalan dengan Jane Russel? Keadaan psikologinya pula langsung tidak membantu. Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, tontonlah filem ini di Netflix.
Review
Filem The Woman in the Window sebenarnya merupakan sebuah filem untuk satu kategori penonton yang jelas; peminat filem thriller dan seperti mana-mana genre, kita akan lihat filem-filem yang menjadi standard issue dalam genre tersebut. Maksud standard issue adalah filem yang menjadi piawai dan formulanya boleh digunakan berulang ulang dengan hanya sedikit perubahan. Filem ini merupakan salah satu filem “standard issue” bagi genre thriller.

Kredit: 20th Century Fox
Jalan ceritanya ada sedikit mirip filem-filem Misteri Dilaila di mana teknik kekeliruan identiti digunapakai. Namun, teknik ini digunakan dengan lebih berkesan dalam filem The Woman in the Window ekoran masalah psikologi dan ketagihan alkohol yang dialami Dr Anna. Sepanjang filem ini penonton akan merasakan perasaan stress memikirkan apa sebenarnya berlaku. Biasalah, jika filem thriller tidak memberikan stress kepada penonton, makannya ia bukan sebuah filem thriller yang baik.
Namun pada akhirnya ia sebuah filem thriller yang “standard issue” dan tiada apa yang luarbiasa mengenainya. Mungkin penonton tidak dapat menjangkakan kesudahan filem ini, namun secara keseluruhan itu memang dijangka daripada sebuah filem thriller. Maksud admin, struktur jalan cerita thriller itu memang boleh dijangka. Filem ini direkomen kepada mereka yang gemar menonton filem thriller dan ingin mengisi masa lapang di hujung minggu bersama keluarga atau adik-beradik.
Positif vs Negatif
Positif
- Jalan cerita yang OK dan mudah difahami
- Menepati ciri-ciri filem thriller yang boleh ditonton hingga ke penghujung
Negatif
- Tiada apa yang luar biasa mengenai filem ini
Penilaian
Jalan cerita – 7/10
Lakonan/Rekaan watak-watak – 6/10
Nilai hiburan – 7/10
CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 7/10