Major Grom Plague Doctor – Anti Hero Versi Russia [Review]

Kalau tidak kerana admin tertonton trailer Major Grom Plague Doctor , mungkin admin tidak akan menontonnya langsung. Filem ini bukanlah sebuah filem yang admin tunggu-tunggu, namun ia berjaya mendapat tempat 10 teratas filem Netflix paling popular ketika review ini ditulis. Mari kita lihat apa yang menarik atau tidak menarik mengenainya.

Major Grom Plague Doctor

Major Grom Plague Doctor – Anti Hero Versi Russia [Review]

Major Grom Plague Doctor mengisahkan Igor Grom, seorang anggota polis Russia yang sanggup berbuat apa sahaja demi menangkap penjahat yang melakukan jenayah di bandarnya. Metod yang digunapakainya agak tidak konvesyonal dan sering mengundang masalah kepada jabatan polisnya.

Major Grom Plague Doctor

Satu siri pembunuhan melibatkan orang-orang yang dilepaskan dari dakwaan jenayah telah menghantui bandar Grom. Orang yang mendakawa dirinya yang melakukan pembunuhan-pembunahan tersebut menggelarkan dirinya “The Plague Doctor” dan beliau memakai pakaian yang mirip doktor wabak di zaman gelap serta mempunyai senjata yang mengeluarkan api.

Major Grom Plague Doctor

Oleh kerana sikap Major Grom yang tidak mengendahkan peraturan, beliau tidak ditugaskan untuk menyelesaikan kes ini, sebaliknya pegawai polis elit dari Moscow pula yang mengambil alih siasatan. Namun itu tidak menghalangnya untuk menyiasat. Tontonlah filem ini di Netflix untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sepintas lalu, sebaik anda menonton filem Major Grom Plague Doctor, anda terus akan mengetahui dari mana ia mendapat ilham bagi karakter tersebut. Ia mengambil ilham dari pelbagai watak anti-hero polis dari Holywood. Watak Igor Grom yang “anti establishment“, suka bekerja sendiri, handal berlawan dan mempunyai kesedaran keadilan yang tinggi. Ini ciri-ciri banyak anti-hero polis dalam filem-filem Holywood, walaupun Holywood pun dah tak banyak mengeluarkan filem sebegini. Malah tabiat Grom yang menilai pilihan-pilihan tindakannya dalam babak-babak aksinya mirip tabiat Sherlock Holmes dalam filem-filem Sherlock Holmes lakonan Robert Downey Jr. Tapi, tidak mengapa. Mungkin Russia sedang mencuba-cuba genre-genre filem yang berbeza yang tidak banyak dibikin semasa zaman Soviet.

Dari segi visual, filem ini mempunyai visual yang sangat membanggakan. Dari sinematografinya ke mutu CGI, semuanya setanding dengan Holywood. Malah susun atur jalan ceritanya juga bagus dan mudah difahami. Lakonannya juga tiada masalah, walaupun admin menontonnya dengan alihbahasa ke bahasa Inggeris. Cuma admin merasakan masalah filem ini bukan pada perkara-perkara tersebut.

Masalah filem ini adalah ia terlalu ketara mengambil ilham dari filem-filem aksi Holywood, walaupun bahagian-bahagian komedinya kurang menjadi kerana sepertimana anda mungkin ketahui, orang Russia tidak terkenal dengan lawak jenaka. Dengan kata lain ia sebuah filem copy ori filem Holywood yang dibikin dengan baik, tetapi kurang “originality” atau keaslian dari segi idea filemnya.

Sungguhpun demikian, jika anda hanya ingin menonton sebuah filem untuk menghiburkan diri ketika PKP, filem Major Grom Witch Doctor mampu menghiburkan anda jika anda layankan sahaja kelemahan-kelemahan dari segi keaslian ideanya.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita yang mudah difahami dan menghiburkan
  • Sinematografi dan CGI bertaraf Holywood
  • Satu pengenalan yang baik kepada filem-filem Russia.

Negatif

  • Idea filem yang kurang asli. Banyak mengambil ilham filem Holywood.

Penilaian

Jalan cerita – 6/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 8/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

Netflix

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *