Sejujurnya admin tidak menyangka filem Zombieland akan ada sequelnya. Barangkali Holywood sudah begitu ketandusan idea sehingga perlu membuat filem sequel yang tidak perlu. Apa pun, mereka telahpun menerbitkan filem sekuel kepada filem tahun 2009 dan kali ini filemnya bertajuk Zombieland 2 Double Tap.
Zombieland 2 Double Tap – Hiburan di Hujung Minggu
Zombieland 2 Double Tap menyambung kisah Columbus, Tallahassee, Wichita, dan Little Rock yang kini menjadikan White House sebagai tempat tinggal mereka. Selama beberapa tahun mereka tinggal di situ dengan bahagianya. Tanpa disedari, Little Rock telah meningkat remaja dan melalui fasa remaja yang inginkan rakan-rakan sebaya. Satu hari Little Rock melarikan diri bersama seorang hippy yang menuju ke Babylon yang merupakan satu tempat tinggal hippys. Rasaukan keselamatannya, Columbus, Tallahassee dan Wichita telah pergi mencarinya.
Dapatkah mereka menjumpainya sebelum perkara buruk terjadi? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.
Review
Bagi mereka yang telah menonton filem Zombieland pertama sudah tentu tahu bahawa filem ini bukanlah filem zombie yang serious. Sungguhpun statusnya sebagai sebuah filem komedi, ia mempunyai babak-babak ganas yang lebih baik tidak didedahkan kepada golongan bawah umur.
Sebenarnya tidak banyak dapat dikatakan mengenai filem ini. Ia agak lucu, penuh aksi dan mempunyai jalan cerita yang relaks. Ia sememangnya sebuah filem hiburan di hujung minggu. Jika dibandingkan dengan filem pertama, ia boleh dikatakan berada di tahap yang sama dengan filem pertama. Jadi, jika anda sukakan filem pertama, anda akan sukakan filem sekuel ini dan juga sebaliknya. Admin tidak suka dan tidak pula benci filem ini, jadi admin tidak merekomen mahupun menghalang anda menonton filem ini. Semuanya terpulang kepada anda.
Pendek kata dari segi nilai hiburan, filem ini memang menghiburkan, cuma lucunya tidaklah sangat lucu dan aksinya juga bukanlah terlalu mendebarkan. Semua ciri-ciri filem ini sederhana sahaja.
Positif vs Negatif
Positif
- Jalan cerita yang ringkas dan santai
- Menghiburkan dengan lawak jenaka untuk dewasa
- watak-watak yang bermacam ragam
Negatif
- Tiada apa-apa yang istimewa
- tidaklah selucu mana
- aksinya tidaklah begitu mendebarkan
Kesimpulan
Kesimpulannya, filem Zombieland 2 Double Tap merupakan filem yang OK sahaja. Tiada apa yang begitu hebat mengenainya, namun ia tetap menghiburkan jika anda hanya mencari jalan melepaskan tekanan di hujung minggu. tontonlah dengan santai bersama rakan-rakan anda.