Antarabangsa

Terminator Dark Fate – Aksi Monotonous dan Boleh Dijangka

Siri filem Terminator merupakan satu siri filem yang mengelirukan. Banyak versi sequel telah cuba dibuat sejak Terminator 2 namun tiada yang berjaya memuaskan hati penonton dan peminat siri filem ini. Terminator Dark Fate merupakan sequel terbaharu yang cuba memperbaiki garis masa yag telah dirosakkan filem-filem sebelum ini.

Terminator Dark Fate – Aksi Monotonous dan Boleh Dijangka

Filem Terminator Dark Fate berlangsung selepas kesudahan filem Terminator 2 dan mengabaikan semua sequel yang pernah ditayangkan sebelum ini. Dalam garis masa ini, seorang Terminator telah berjaya membunuh John Conner selepas kejadian Judgement day berjaya dipatahkan pada tahun 1997.

Ini menyebabkan garis masa berubah dan beliau bukan lagi pemimpin Resistance di masa hadapan. Kini seorang Terminator (Rev-9) dan seorang manusia separa robot (Grace) telah tiba dari masa hadapan. Seperti dijangka Terminator tersebut datang untuk membunuh orang yang bakal mengalahkan pihak Terminator di masa hadapan dan orang itu kini adalah Daniella, seorang gadis dari Mexico City. Grace pula ditugaskan untuk mempertahankan Daniella.

Adakah Grace akan berjaya mempertahankannya? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Sebenarnya, admin telahpun membaca komen-komen dan review di media sosial dari Amerika dan kebanyakannya tidak begitu positif. Jadi admin menonton filem ini di pawagam dengan jangkaan yang tidak tinggi. Pendek kata, nasib baik admin tidak meletakkan jangkaan yang tinggi semasa menonton filem ini.

Pertama sekali, jalan ceritanya, walaupun menarik, ia hanyalah tahap biasa sahaja dalam genre sci-fi. Tiada plot yang kompleks atau luar dari kebiasaan. Oleh kerana itulah jalan ceritanya boleh dijangka. Malah babak-babak aksinya juga biasa-biasa sahaja dan tiada apa yang istimewa. Mungkin babak lawan pertama antara Grace dan Rev-9 adalah yang terbaik dalam filem tersebut. Selain itu, babak aksinya biasa sahaja.

Terminator Dark Fate

Walaubagaimanapun, terdapat cakap-cakap mengenai filem ini dan bagaimana ia berkait rapat dengan pejuangan feminism. Pendapat itu tidak jauh dari kebenaran. Dari awal lagi jalan ceritanya seolah hendak mematikan watak-watak lelaki seperti dengan kematian John Connor, memperkenalkan barisan watak heroine perempuan sebagai watak utama dan watak pemimpin resistance pada masa hadapan ditukarkan dari seorang lelaki kepada seorang perempuan. Tambahan pula, watak Grace (perempuan) yang sejak awal lagi gemar memilih pakaian lelaki, seolah memperjuangkan agenda gender neutral.

Namun apa pun, bukan admin nak kondem filem ini kerana terlalu mengutamakan watak wanita, sebaliknya, bila semua watak utamanya wanita, ia seolah-olah nampak agak terdesak dalam mengetengahkan wanita tanpa mementingkan jalan cerita yang menarik. Ia seolah mempunyai agenda untuk menggantikan watak lelaki dalam francais ini kepada watak wanita tanpa mempunyai alasan munasabah. Sebagai penonton setia francais ini, dan mungkin peminat yang lain, admin mungkin tidak berminat lagi untuk mengikuti francais filem ini sekiranya ada sekuel yang lain selepas ini.

Terminator Dark Fate

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita dan babak aksi yang OK

Negatif

  • Watak utamanya semua wanita (kecuali Rev-9 dan Arnold Schwarzenegger)
  • Jalan cerita yang boleh dijangka
  • Seperti ada agenda tersendiri.

Terminator Dark Fate

Kesimpulan

Filem Terminator Dark Fate cuba untuk mengubah naratif filem-filem Terminator selari dengan zaman modern generasi terkini. Namun, dalam melakukannya, ia dilihat lebih memenangkan agenda feminist. Tontonlah hanya jika kelapangan, malah tidak rugi jika anda tidak tonton filem ini. Admin secara peribadi tidak teruja menonton filem ini tempoh hari.

Penilaian – 6/10

IMDB

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Latest

To Top