Gemini Man – Showcase Teknologi HFR 3D Terbaik

Admin pasti anda tentu pernah menonton filem dalam 3D bukan? Admin sudah tonton beberapa filem 3D antaranya filem Star Wars 8 The Last Jedi. Pada pendapat admin ketika itu, menonton filem dalam 3D memang tidak berbaloi kerana sudahlah motion blur mengganggu penglihatan, malah tidak menyumbang apa-apa nilai tambah kepada nilai tontonan filem. Filem Gemini Man dipromosikan sebagai filem pertama yang dirakam dengan teknologi HFR 3D (High Frame Rate 3D). Teknologi ini membezakan segala-galanya mengenai filem ini.

Secara optimumnya filem HFR 3D menayangkan filem dalam resolusi 4K pada kadar 120fps. Namun bergantung kepada perkakasan wayang, sesetengah panggung hanya menayangkan pada 60fps atau pun ada yang menayangkan dalam resolusi 2K. Admin sempat menonton tayangan pertama semalam namun, admin tidak pasti apa spesifikasi tayangan. Apa pun admin sangat berpuas hati dengan kualiti tayangannya. Selanjutnya dalam review berikut.

Gemini Man – Showcase Teknologi HFR 3D Terbaik

Gemini Man mengisahkan Henry Brogan, seorang penembak tepat upahan yang bekerja dengan agensi gelap kerajaan untuk membunuh sasaran yang diberikan kepadanya. Setelah kerja terakhir beliau pun bersara. Namun, nampaknya tidak semudah itu. Beliau kemudiannya diburu syarikat tentera upahan bernama Gemini dan diburu seorang yang sama rupa dengannya, tetapi lebih muda. Siapakah beliau dan dapatkah Henry menyiasat siapa disebalik percubaan membunuhnya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kisahnya.

Review

Filem Gemini Man ini sebenarnya jika dilihat jalan cerita dan plotnya secara objektif, ia boleh dikatakan plot standard dalam filem-filem Holywood. Plotnya bukan baru dan jalan ceritanya boleh dijangka. Namun, bukan itu yang ingin admin ceritakan mengenai filem ini. Admin ingin ceritakan mengenai bagaimana teknologi HFR 3D telah menjadikan filem dengan jalan cerita biasa sahaja, menjadi sebuah filem yang perlu anda tonton.

Jika anda pernah menonton filem 3D biasa, tentu anda rasa tidak puas hati kerana sudahlah gambar resolusi tidak tinggi, malah motion blur menggangu tontonan anda sehingga tidak faham apa berlaku di skrin. Teknologi HFR 3D ini memperbaiki semua masalah tersebut. Gambarnya sharp dengan resolusi 4K dan pergerakannya lancar hasil frame rate 120fps. Sukar untuk admin gambarkan melainkan jika anda tonton sendiri, tetapi admin akan cuba terangkan.

Gemini Man

Perkara pertama anda perasan adalah kesan 3D yang jelas dan realistik. Ia umpama anda berada sendiri di tempat berkenaan. Kemudian babak aksi tembak menembak dan kejar mengejar dengan motosikalnya paling gempak. Babak kejar-mengejarnya sangat realistik sehingga anda berasa bimbang mengenai jurukamera mengejar motosikal tersebut secara merbahaya untuk merakam filem ini, kerana anda membayangkan andalah jurukamera tersebut. Tambahan pula terdapat babak “first person” atas motosikal memang gempak. Bukan itu sahaja, malah ada juga babak tembak menembak “first person” seolah-olah anda sendiri bermain Call of Duty secara langsung!

Secara ringkas, admin memang sangat berpuas hati dan seronok menonton filem ini dalam HFR 3D dan admin rasa pandangan anda mengenai filem ini akan sangat berbeza bergantung jika anda tonton dalam HFR 3D atau panggung biasa. Jika anda gamer, ia umpama bermain Call of Duty dengan kad grafik RX550 berbanding RX Vega 56. Memang berbaloi admin bayar RM19 untuk tiket filem tersebut. Kalau admin tidak tonton dalam HFR 3D, tentu review ini pendek sahaja.

Gemini Man

Positif vs Negatif

Positif

  • HFR 3D yang memang gempak dan berbaloi
  • Babak aksi yang memang gempak

Negatif

  • Jalan cerita yang biasa sahaja
  • Kalau bukan kerana HFR 3D, filem ini mungkin tidak perlu direview.

Gemini Man

Kesimpulan

Kesimpulannya filem ini memang dibuat khas untuk mempamerkan kebolehan teknologi HFR 3D ini. Banyak babak-babaknya dirancang dan dirakam dengan komposisi yang menunjukkan kesan 3D yang maksimum. Dengan kadar frame rate  dan resolusi yang tinggi, pergerakannya sangat lancar, seolah-olah menonton filem ini dalam dunia sebenar. Admin nasihatkan anda untuk samada tonton filem ini dalam HFR 3D, atau tidak menontonnya langsung.

Tetapi sejujurnya, penglihatan admin seolah-olah terkesan dengan menonton filem tersebut semalam. Admin pandang skrin komputer nampak seolah perkataan di skrin dalam 3D. hahaha.

Penilaian :

Dengan HFR 3D : 8/10

Tanpa HFR 3D : 6/10

IMDB

 

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *