Wrath of Man – Filem Aksi Penyiasatan yang Epik [Review]

Filem Wrath of Man hampir-hampir ditayangkan di pawagam tempoh hari, namun pengumuman PKP 3.0 telah menyebabkan tayangannya ditunda ke satu tarikh yang tidak dipastikan. Dengan kata lain, filem ini tidak ditayangkan di Malaysia. Namun ia telah tersedia untuk distrim di Amazon Video dan Apple TV, tetapi bukan untuk penonton Malaysia. Namun, jika anda menggunakan cara tertentu, anda boleh menontonnya walaupun ia secara rasminya belum ditayangkan di Malaysia (yang tahu, tahu lah).

Wrath of Man – Filem Aksi Penyiasatan yang Epik [Review]

Seorang pegawai keselamatan baharu bernama “H” telah menyertai sebuah syarikat keselamatan yang membuat penghantaran wang dari/ke bank-bank, syarikat-syarikat dan pusat-pusat perniagaan. Salah sebuah trak kebal milik syarikat tersebut yang membawa wang telah dirompak tidak lama sebelum itu dan dua pengawal dan seorang orang awam telah mati dalam kejadian tersebut.

Dengan penyertaan H ke dalam pasukan keselamatan tersebut, sebuah rompakan telah berjaya dielakkan dan ini juga menaikkan semangat semua pegawai syarikat tersebut. Namun, skill dan kehebatan yang ditunjukkan H telah mula membangkitkan rasa curiga di kalangan beberapa rakan sekerja dan pegawai syarikat tersebut.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan H. Apakah yang disorokkannya? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Wrath of Man

Review

Guy Ritchie memang terkenal mengarah filem gangster dan filem-filem arahannya mempunyai keunikannya tersendiri yang membezakannya dari filem-filem gangster lain. Filem Wrath of Man juga tidak terkecuali dari sentuhan ajaib pengarah ini. Sebenarnya admin tak mahu mendedahkan banyak mengenai jalan cerita filem ini kerana keseronokan meneka apa yang akan terjadi seterusnya adalah penting dalam menonton filem ini. Jadi cukup sekadar sinopsis yang admin berikan di atas.

Wrath of Man
Kredit foto: Scott Garfield© 2021 Metro-Goldwyn-Mayer Pictures Inc. Semua Hakcipta terpelihara

Filem ini diceritakan tidak mengikut garis masa yang lurus. Penceritaannya akan kadang-kala putar ke belakang dan ke hadapan mengikut susunan kandungan yang pengarah inginkan bagi meningkatkan lagi suspen filem ini. Ia sangat bijak sebenarnya kerana admin bayangkan jika ia diceritakan mengikut garis masa tentu filem ini mudah dijangka. Mendedahkan watak jahat di bahagian akhir filem ini sememangnya satu strategi untuk meningkatkan suspen penonton.

Seperti biasa, watak H lakonan Jason Statham memang “unbeatable“. Ia memang sebahgian dari watak yang biasa dimainkannya. Jadi anda boleh menjangkakan tahap aksi yang akan dipersembahkan dalam filem ini. Bercakap mengenai babak aksi, filem ini memang menghidangkan babak aksi yang terbaik, setaraf dengan babak aksi dalam filem seperti Heat dan Den of Theives, tetapi tidaklah melampaui batas seperti francais Fast and Furious atau Die Hard. Pendek kata, peminat filem aksi akan berpuas hati dengan babak aksi yang kebanyakannya tembak-menembak.

Wrath of Man

Namun, kekuatan utama filem Wrath of Man ialah teknik penceritaannya yang menarik dan sentiasa membuatkan penonton berfikir supaya penonton tidak bosan dan tidur, memandangkan ia melibatkan sedikit penyiasatan di pihak protagonis. Admin rasakan filem ini adalah salah satu filem aksi yang terbaik jika tidak yang paling menghiburkan dalam tahun ini.

Positif vs Negatif

Positif

  • Teknik penceritaan yang sentiasa membuatkan penonton berfikir dan penerangan yang jelas mengenai apa yang sedang berlaku.
  • Babak aksi yang mendebarkan dan menghiburkan.
  • Lakonan mantap Jason Statham dan pelakon watak jahat.

Negatif

  • Tidak ditayangkan secara rasmi di Malaysia

Penilaian

Jalan cerita – 9/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10

Nilai hiburan – 9/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 9/10

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *