The Rookie – Siri Drama Komedi Polis yang Menghiburkan [Review]

Beberapa tahun lalu, admin pernah menonton sebuah trailer untuk siri TV bertajuk The Rookie. Tetapi admin tidak tahu di mana atau bila ia ditayangkan. Ke hadapan ke tahun ini, Astro telah mula menayangkan siri tersebut di saturan AXN 701. Ia kini berada di musim 3. Oleh kerana musim terkini adalah musim 3, Astro telah menayangkan 3 episod setiap minggu bagi musim 1 dan 2 supaya penonton boleh terus menonton musim ke-3 secepat mungkin. Admin baru sahaja habis menonton musim ke 2 dan episod 1 musim ke 3, dan berikut merupakan pendapat admin mengenainya.

The Rookie – Siri Drama Komedi Polis yang Menghiburkan [Review]

The Rookie mengisahkan John Nolan, seorang lelaki pertengahan umur (40 tahun) yang baru bercerai dan ingin mengubah hidupnya. Beliau mendaftarkan dirinya sebagai seorang anggota polis Los Angeles dan kini mula bertugas dengan LAPD. Siri ini menceritakan suka duka beliau sebagai Rookie (orang baru) dalam LAPD ditemani 2 lagi sahabat Rookie iaitu Lucy Chen dan Jackson West di mana mereka harus menempuhi tempoh latihan mereka dengan dibimbing pegawai-pegawai pelatih masing-masing.

Ingin mengikuti kisah mereka? Tonton siri ini di Astro saluran AXN pada hari Rabu 9.45pm dan Astro Catchup On Demand.

The Rookie

Review

Di Astro admin menonton 2 siri TV polis iaitu SWAT di saluran FOX dan The Rookie di saluran AXN. Sekilas pandang, jelas sekali kedua-dua siri ini adalah siri drama aksi polis dengan tema santai, namun SWAT mempunyai tempo yang lebih serious, manakala The Rookie lebih menjurus kepada komedi, walaupun bukan siri komedi sepenuhnya. Sekilas pandang juga, admin lebih gemar menonton The Rookie kerana sebab-sebab yang akan diterangkan di bawah.

The Rookie menampilkan watak-watak yang berkarisma dan membuatkan penonton lebih mudah jatuh hati dengan mereka. Lawak jenaka dan reaksi jujur yang ditampilkan watak-wataknya bukan sahaja menghiburkan, malah membuatkan penonton tersangkut dengan perwatakan mereka. Jalan cerita yang ringkas tapi berimpak juga memainkan peranannya dalam mengekalkan tarikan penonton kepada siri TV ini.

Bercakap mengenai jalan ceritanya, kebanyakan episod yang ditampilkan adalah seimbang dari segi drama, komedi, aksi dan penyiasatan. Ia juga mengetengahkan isu-isu semasa yang dihadapi anggota polis semasa menjalankan tugas dan siri ini membentangkan kisah tersebut dengan cara yang menghiburkan. Ini membolehkan para penonton sedikit sebanyak memahami peranan polis dalam masyarakat. Admin pasti sesiapa yang gemar menonton siri TV polis yang kurang berat dan serious, pasti akan menyukai siri TV ini. Kalaulah Siri TV gerak khas boleh dibikin seperti siri The Rookie, ia pasti mendapat tontonan yang lebih ramai.

The Rookie

Sejujurnya, siri The Rookie adalah salah satu siri yang admin tunggu-tunggu untuk tonton setiap minggu sebagai hiburan santai. Tambahan pula dengan adanya Astro Ultra Box anda boleh menonton bila-bila masa sahaja melalui fungsi Catch-up On Demand, di mana anda boleh menonton siri TV yang telalah lepas secara On Demand. Admin merekomen anda menonton siri TV ini di Astro.

The Rookie

Positif vs Negatif

Positif

  • Watak-watak yang berkarisma
  • Jalan cerita yang seimbang dari segi komedi, drama, aksi dan penyiasatan
  • Santai dan tidak membenankan minda

Negatif

  • Kadang-kala dalam sesetengah episod penyelesaian kepada konflik yang besar agak simplistik dari jangkaan penonton, menjadikannya kurang mencabar minda.
  • Ia sebuah siri TV yang santai, jadi ia tiada jalan cerita atau putaran plot yang memecah otak.

The Rookie

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 9/10

Nilai hiburan – 8/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

Astro AXN

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *