Pelanggan Astro yang melanggani Astro Movie Pack kini boleh mengakses kandungan Disney+ Hotstar mulai 1 April dengan bayaran tambahan RM5 sebulan. Admin yang pada asalnya tidak melanggani Movie pack juga telah menukar langganan supaya menyertakan Movie Pack. Dengan itu admin pun mendapat akses kepada Disney+ Hotstar.
Disney+ Hotstar Dilancarkan Untuk Pengguna Astro Movie Pack
Walaubagaimanapun, ramai yang merungut kerana tidak mendapat akses kepada kandungan tersebut meskipun mereka telah melanggani Astro Movie Pack. Pihak Astro telah tampil memohon maaf kepada pelanggan Astro dan mengumumkan caj RM5 tambahan untuk mengakses kandungan tersebut tidak akan dicaj untuk bulan Jun.
Apa pun, akses kepada kandungan Disney+ Hotstar bukan “straight forward” separti admin sangka. Jika anda keliru, berikut adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan akaun Disney+ Hotstar anda.
- Pastikan anda telah mendaftar AstroID anda di astro.com.my/astroid. Akaun ini adalah akaun yang sama anda gunakan untuk app Astro on the Go.
- Setalah itu, pergi ke astro.com.my/hotstar dan ikuti arahan untuk mengaktifkan dengan memasukkan nombor telefon yang digunakan untuk melanggani Astro.
- Setelah berjaya mengaktif, anda perlu memuatturun app Disney+ Hotstar dari Apple App Store atau Google Play Store. Jika anda mempunyai Android TV / Smart TV, muat turun di peranti tersebut.
- Buka app tersebut dan pergi ke menu login. App tersebut akan mengeluarkan satu kod 4 aksara.
- kemudian pergi ke hotstar.com dan login menggunakan no telefon Astro anda. Kemudian ke Hotstar.com/activate dan masukkan kod yang dijana app anda tadi. Tekan butang activate dan app anda akan diaktifkan.
Pandangan pertama admin mengenai app ini adalah admin sangat berpuas hati. Admin memang sedang mencari saturan “halal” untuk menonton siri TV Marvel dan Star Wars, dan app ini memberi akses dengan hanya tambahan RM5 sebulan. Tambahan pula SmartTV admin menyokong Dolby Vision yang banyak dipakai dalam rancangan Disney+. Kualiti gambar memang jauh lebih baik dari akaun Netflix admin yang hanya menyokong penstriman 1080p. Memang berbaloi. Admin baru sahaja menonton filem J2 Retribusi, di samping mula menonton The Falcon and the Winter Soldier, dan akan membuat review dalam post berikutnya.
Jika anda pelanggan Astro movie pack, memang anda akan secara automatik mendapat langganan Disney+ Hotstar ini. Tetapi persoalannya adalah jika anda bukan pelanggan Astro, adakah berbaloi anda mebayar RM54.90 untuk 3 bulan langganan perkhidmatan ini? Terpulang kepada sejauh mana anda meminati filem/siri Marvel, Disney dan beberapa kandungan tempatan dengan kerjasama Disney. Tepuk dada tanya selera.
Apa pun layari laman web Hotstar untuk melihat apa yang mereka tawarkan.