J2: J Retribusi – Sekuel Yang Penuh Aksi [Review]

Antara kandungan Disney+ Hotstar yang menjadi tarikan penonton ialah filem J2: J Retribusi yang ditayangkan secara eksklusif di platform tersebut. Memandangkan admin telahpun melanggani perkhidmatan penstriman ini dan filem J Retribusi ini merupakan satu-satunya filem aksi tempatan di platform tersebut yang telah mula ditayangkan, jadi tanpa berfikir panjang, admin pun menontonnya. Berikut adalah pendapat admin mengenainya.

J2: J Retribusi – Sekuel Yang Penuh Aksi [Review]

J2: J Retribusi merupakan sekuel kepada filem J Revolusi yang ditayangkan beberapa tahun lalu. Ia mengisahkan Jay yang menjadi bodyguard kepada Dato Hashim (Dato’ Rosyam Nor) dan ditugaskan untuk menjaga keselamatan anaknya, Nadi. Dato Hashim ingin menjual hotelnya Di JB kepada seorang taikun China bernama Liu Kang. Dalam acara penyerahan, majlis tersebut diserang sekumpulan perompak yang diketuai Taufik (Allahyarham Asyraf Sinclair).

Para perompak pula telah memutuskan segala komunikasi dengan dunia luar menyebabkan Polis tidak tahu menahu mengenai kejadian ini. Kini tanggungjawab untuk menyelamatkan keadaan jatuh kepada Jay. Apakah beliau akan berjaya menyelamatkan keaadaan? Tontonlah filem ini untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Admin sebenarnya tidak menonton filem asal J Revolusi secara penuh. Admin hanya menonton di TV dan itu pun sekejap-sekejap sahaja, jadi admin tidak tahu menahu apa sebenarnya kisah J Revolusi ini. Apa yang baiknya, filam J Retribusi tidak banyak kaitannya dengan filem asal dan anda boleh menontonnya secara “stand alone” jika anda mahu.

Secara keseluruhannya, tak perlu berselindung kerana filem ini jelas satu filem yang menggunakan template filem aksi Holywood seperti filem Die Hard, di mana sekumpulan penjenayah telah menawan bangunan dan mengambil tebusan dan watak hero perlu menyelamatkan keaadaan. Jadi, tiada apa yang original mengenai jalan ceritanya. Bahkan sehingga ke perincian kecil seperti watak orang kanan dan babak-babak pendeknya, semuanya anda boleh anda samakan dengan filem-filem Holywood.

Tetapi itu bukan masalah besar kerana yang pentingnya bagaimana pengarah mengolah template tersebut untuk disesuaikan dengan citarasa tempatan. Secara amnya pengarah telah berjaya membikin babak-babak aksinya dengan begitu baik. Babak aksinya memang tip top, mendebarkan tetapi tidaklah sempurna. Maksud admin, babak lawan dan tembak menembaknya memanglah gempak, cuma ia kerana watak-watak konco pihak jahat tidak begitu handal dan banyak bagi muka kepada watak Jay. Jay pun dengan mudah mengalahkan mereka. Kawan-kawan Jay pula ada banyak peluang untuk mengumpul senjata dan peluru dari konco-konco yang telah dikalahkan untuk mempertahankan diri, tapi tidak berbuat demikian. Itu pendapat admin lah.

Watak sidekick Chang memang berbakat dari segi skil Taekwondonya. Admin berasa beliau ada potensi pergi jauh dengan tendangan 720 darjah yang menjadi kegemarannya. Watak Amy lakonan Amelia Handerson pula pada pendapat admin tidak di eksplotasi secara penuh. Kerana skrip beliau yang lemah, watak beliau tidak menonjol dan tidak memeberi impak sangat kepada jalan ceritanya. Watak nombor satu tentunya watak Taufiq lakonan Allahyarham Asyraf Sinclair. wataknya memang kuat dan lakonannya mantap

Namun secara umumnya babak aksinya memang gempak dan tiada masalah besar. Masalah besarnya ada pada skripnya. Walaupun skrip untuk watak Taufik tampak natural dan improv, skrip untuk watak-watak lain agak lemah. Seperti yang dikatakan tadi skrip watak Amy juga tidak menonjol, malah skrip Dato’ Rosyam Nor juga tidak memberangsangkan, sekali gus gagal mempergunakan bakat dan pengalaman berlakon beliau.

Kesimpulannya, jika anda hanya mencari sebuah filem aksi tempatan, anda pasti akan berpuas hati menonton filem J Retribusi ini. Walaubagaimanapun jika anda mecari filem tempatan dengan jalan cerita yang original dan lain dari lain, teruskanlah mencari kerana filem ini tidak akan memberikan kepuasan kepada anda.

J Retribusi

Positif vs Negatif

Positif

  • Aksi lawan dan tembak-menembak yang mendebarkan lagi mantap.
  • Lakonan mantap Allahyarham Asyraf Sinclair.

Negatif

  • Skrip yang lemah
  • Jalan cerita template filem aksi Holywood tahun 2000an

Penilaian

Jalan cerita – 7/10

Lakonan/Rekaan watak-watak – 7/10

Nilai hiburan – 7/10

CGI/Kesan Khas/Rekaan set – 8/10

Disney+ Hotstar

About iMyn

Seorang peminat tegar filem Sci-Fi, Aksi, Thriller dan Epik Sejarah. Tidak tahan kepada lakonan yang lemah atau tidak realistik. Percaya bahawa untuk mengelak cetak rompak, filem harus ditonton di wayang.
View all posts by iMyn →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *